.... Kata Tak Khianati PAS, Wan Azizah Menipu Penyokong Pakatan | AAKJ





Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa PAS telah usul memutuskan hubungan politik dengan PKR diatas salah satu sebabnya adalah khianat dalam hubungan politik dengan PAS.
Antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Semalam, parti di bawah pimpinan Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail telah diceraikan talak tiga oleh parti di bawah pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Namun seperti kebiasaan parti yang terkenal dengan mengeluarkan kenyataan putar belit ini akan menyatakan sebaliknya. Hari ini, Wan Azizah tampil menafikan bahawa PKR telah berlaku khianat kepada parti Islam itu.
“PKR mengambil maklum keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengekalkan muafakat politik demi memenuhi aspirasi rakyat.
“PKR tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik,” kata presiden PKR itu.
Apa pun, Wan Azizah mungkin terlupa bahawa partinya telah khianat PAS sebelum ini. Jika diimbas kembali, beliau dan jentera PKR berkempen untuk Parti Amanah Negara (PAN) di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Beliau secara terbuka meminta pengundi-pengundi agar jangan keliru dan mengundi parti di bawah pimpinan Mohamad Sabu atau Mat Sabu itu. Ini jelas PKR menikam PAS dari belakang dan mengkhianati PAS.
“Tiada apa untuk dikelirukan. Jika anda mahu menggunakan pilihan raya kecil ini sebagai pungutan suara terhadap Barisan Nasional (BN), mengundi PAN,” kata Wan Azizah.
Kesimpulannya, kenyataan isteri bekas Ketua Pembangkang itu yang mengatakan partinya tidak mengkhianat parti Islam itu boleh disifatkan satu ‘umpan’ dan untuk menipu penyokong pakatan.
- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top