.... Jika Menang PRU-14, Lantik Mahatir Jadi Perdana Menteri | AAKJ




Sejak akhir-akhir ini bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kini menyertai DAP, Datuk Zaid Ibrahim dilihat begitu taksub dengan bekas perdana menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun parti yang disertainya kini mahukan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon perdana menteri jika pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun Zaid mahukan Mahathir menjadi perdana menteri kembali.

Malah beliau menempelak Pakatan Harapan (PH) yang hanya mengambil sikap berdiam diri dalam soal mengenai calon perdana menteri di kalangan pembangkang.

“Jika pun PH ada calon, pemimpinnya tidak memberitahu kita. Ini amat pelik. Ia menunjukkan, mereka tidak berani membuat keputusan walaupun mengenai perkara paling dasar,” kata Zaid.

Oleh itu, beliau cuba menyarankan gabungan itu perlu menamakan Mahathir sebagai calon perdana menteri kononnya kerana pemimpin veteran itu mampu meraih sokongan kuat termasuk daripada pengundi Felda dan seterusnya memastikan kemenangan PH.

Taksub dengan bekas perdana menteri itu, Zaid juga menggesa pakatan perlu menyerahkan sejumlah kerusi milik yang dituntut pembangkang kepada PPBM.

Beliau berkata dengan terus mengelak soal calon perdana menteri, Pakatan Harapan tidak memberikan keyakinan kepada pengundi.

“Berikanlah PPBM bilangan kerusi yang adil, dan jadikan Dr Mahathir calon PM kita, seterusnya biarlah ahli UMNO bergolak sama sendiri.

“Itu sahaja ruang untuk kita menang. Meneka siapa menjadi PM bukan sesuatu yang kita mahu dalam mengharungi perang pilihan raya umum ke-14,” kata Zaid.

Oleh demikian, beliau merasakan Mahathir merupakan calon yang ‘terbaik’ kerana PH mampu meraih sokongan pengundi di penempatan Felda yang selama ini dilihat tegar menyokong Barisan Nasional.

-Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top