.... Jawatan Perdana Menteri Dan Kit Siang | AAKJ






Sudah menjadi kebiasaan parti rasis dan cauvinis DAP mengelak dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat. Tindakan ini hanya untuk menyembunyikan agenda licik dan keji parti itu sebenarnya.

Malah DAP sering menegaskan bahawa kononnya parti itu merupakan parti untuk semua rakyat Malaysia, bukan hanya untuk satu kaum.

Parti rasis DAP selama ini bangga melaung-laungkan konsep “Malaysian Malaysia” (Malaysia untuk semua rakyat Malaysia) yang kononnya menjadi pendirian mereka.

Parti ini kononnya komited kepada perjuangan untuk sebuah Malaysian Malaysia yang bebas, berunsur sosialisme demokratik, berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia, kesamarataan, keadilan sosial dan ekonomi, dan berasaskan institusi demokrasi parlimen. Namun itu hanya satu lakonan untuk memperdayakan rakyat.

Sejak akhir-akhir ini menjadi bualan hangat apabila pemimpin veteran DAP dikatakan bakal menjadi perdana menteri, namun Penasihat DAP itu menafikan dan menganggap dakwaan itu kononnya satu “fitnah”.

Ini kerana beliau mendakwa kononnya sepanjang beliau berkecimpung dalam politik Malaysia, tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menjadi perdana menteri.

Sebaliknya Kit Siang cuba memperdayakan rakyat dengan menyatakan bahawa beliau berkecimpung dalam politik kerana “Impian Malaysia” untuk membina sebuah negara di mana semua rakyat, tanpa mengira kaum atau agama, bersatu sebagai rakyat Malaysia.

“Saya berkecimpung dalam politik Malaysia selama 51 tahun, dan niat untuk menjadi perdana menteri tidak pernah terlintas dalam fikiran saya.

“DAP sentiasa menjadi parti untuk semua rakyat Malaysia, dan kami tidak pernah menjadi sebuah parti untuk hanya kaum.

“Tiada seorang pun boleh menjadi pemimpin Malaysia jika dia hanya fokus terhadap hak dan kepentingan satu kaum atau satu masyarakat sahaja,” kata Kit Siang ketika berucap pada makan malam ulang tahun DAP Subang di Subang New Village baru-baru ini.

Seperti kebiasaan menjadi modal pembangkang untuk memburuk-burukkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, Kit Siang mendakwa Malaysia kini berada dalam ‘bahaya’ kerana rasuah.

“Pada 1995, Malaysia menduduki tempat ke-23 daripada 41 negara dengan skor 5.28 pada skala 0 (rasuah) hingga 10 (sangat bersih).

“Jika Malaysia membuat penambahbaikan dalam skor CPI TI 0.1 setiap tahun sejak 22 tahun lalu, skor mata Malaysia kini akan menjadi 7.48, atau kira-kira 74.8 peningkatan daripada 10 kepada 100, yang akan meletakkan Malaysia di tangga 18 berbanding 176 negara.

“Malangnya, di sebalik segala usaha mengenai anti-rasuah, CPI TI Malaysia bertambah buruk di mana kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 55 daripada 176 negara manakala skor CPI TI jatuh kepada 49 dalam skala baru dari 0 (sangat rasuah) kepada 100 (sangat bersih),” kata Kit Siang.

Malah Ahli Parlimen Gelang Patah itu cuba membanding Malaysia dengan China dan Indonesia yang dianggapnya lebih baik.

“China dan Indonesia yang masing-masing menduduki tangga 40 dan 41 pada 1995 menunjukkan penambahbaikan.

“Jika keadaan ini berterusan dalam tempoh 2 dekad akan datang, ia akan menyaksikan kedua-dua negara tersebut mengatasi Malaysia sebelum 2040, 1 dekad sebelum Pelan Tindakan Transformasi Negara (TN50) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” kata Kit Siang.

-Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top