.... Jadi Anak Jantan : PKR Cabar PAS Selangor Letak Jawatan | AAKJ





Sekiranya PAS ‘anak jantan’, mereka harus berani meletakkan jawatan dalam kerajaan Selangor selaras dengan keputusan muktamar memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Perwakilan Johor di kongres Pemuda PKR ke-12 hari ini berkata demikian dengan merujuk kepada keputusan parti baru-baru ini mengarahkan semua lantikan politik PKR berundur dari kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS.

“PKR sudah mulakan (arahkan ahli parti di Kelantan letak jawatan) dan mereka harus berani letak jawatan sekarang sekiranya mereka sebagai anak jantan,” kata pembahas Naim Jusri ketika membahaskan ucapan dasar ketua pemuda PKR.

Khamis lalu, PAS mengambil keputusan untuk tidak berganjak daripada pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR.

PAS mempunyai 3 exco dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, serta ramai ahli majlis di peringkat pihak berkuasa tempatan. Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor juga daripada PAS.

PAS bersama PKR dan DAP membentuk kerajaan Selangor selepas berjaya memenangi majoriti kerusi DUN di negeri itu pada Pilihan Raya Umum 2008.


Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan kerjasama politik dengan PKR terbatal, selepas mesyuarat agung parti Islam itu sebulat suara meluluskan usul memutuskan kerjasama dengan parti reformasi itu.

Sebagai menghormati ketetapan tersebut, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengarahkan semua lantikan politik PKR berundur daripada pentadbiran Kelantan, termasuk di syarikat milik kerajaan negeri.

PAS mengambil keputusan untuk kekal dalam kerajaan Selangor, atas alasan memenuhi mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum 2013.

Kongres pemuda diadakan di Pusat Konvensyen Ideal di sini, dan akan berakhir hari ini.

-Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top