.... Isu Tanah: Kerajaan P.Pinang Seperti “Anakku Sazali” | AAKJ





Transaksi penjualan tanah yang dilakukan kerajaan negeri Pulau Pinang boleh diibaratkan seperti filem Anakku Sazali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN), Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah, berkata penjualan tanah oleh kerajaan negeri persis jalan cerita karya Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, iaitu ‘bapa kumpul harta, anak perhabiskan semuanya’.

Shah Headan berkata demikian ketika mencelah sesi perbahasan Datuk Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) terhadap ucapan perasmian Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Perumpamaan itu turut dipersetujui Timbalan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Maktar Shapee. Terdahulu, Muhamad Farid mendedahkan, sekurang-kurangnya 415.81 hektar tanah di beberapa kawasan di negeri ini dijual kepada pemaju swasta bagi memberi laluan kepada pelbagai projek pembangunan.

Pada masa sama, Muhamad Farid turut menggariskan 51 janji dan pengumuman kerajaan DAP Pulau Pinang sepanjang mentadbir negeri ini yang masih gagal dilaksanakan sejak 2008.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top