.... Inilah Wakil 'Ulama Perempuan Malaysia' Ke Cirebon | AAKJ



Cirebon – Kongres Ulama Perempuan Indonesia (KUPI) yang berlangsung baru-baru ini di kota Cirebon, Indonesia, mengumpulkan lebih 252 wakil negara-negara dan para ‘ulama perempuan’ antarabangsa. 

Acara yang berlangsung bermula 25 hingga 27 April 2017 turut menjemput beberapa orang wakil ulama perempuan dari Malaysia. 

Program menjemput Zainah binti Anwar sebagai wakil Ulama Perempuan Malaysia. Berucap pada hari pertama pembentangan, Zainah Anwar menekankan peranan wanita di dalam Islam. 

Beliau juga menyentuh tentang praktis dikebanyakan negara Islam lain yang tidak memerlukan keizinan wali untuk membolehkan mana-mana wanita untuk bernikah. 

Cadangan beliau ini konsisten dengan cadangan yang pernah ditulis beliau dan dikemukakan di dalam laporan kedua dari NGO di Malaysia mengenai Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW). 

“Kami ingin membangun kepercayaan perempuan bahwa dalam Islam tidak ada diskriminasi, justru menjunjung tinggi peran perempuan. 

Karena itu kami juga mendorong penerapan CEDAW (Convention on Elimination of All Forms of Discrimation Againts Women – Konvensi Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Perempuan) di beberapa negara yang masih memegang hukum syariah,” katanya sebagaimana yang dilaporkan di dalam laman web Kongres Ulama Perempuan Indonesia. 

CEDAW atau Convention on Elimination of All Forms of Discrimation Againts Women sepertimana yang disebutkan oleh Zainah Anwar, menuntut komitmen negara-negara yang terlibat untuk memberi perhatian kepada perkara-perkara berkenaan hak asasi wanita dan membuang semua bentuk perkara yang dilihat sebagai amalan yang mendiskriminasi wanita di setiap negara. 

Zainah Anwar turut pernah terlibat di dalam penghasilan Laporan Alternatif Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW). (1) 

Laporan dicetak melalui sumbangan kewangan Suruhanjaya Tinggi Kanada di Kuala Lumpur antara lain, menekankan kepada perubahan-perubahan melalui tuntutan seperti menuntut supaya mana-mana undang-undang yang bersifat anakronistik seperti Seksyen 498 , kesalahan “melarikan isteri orang”, dipinda. 

Laporan alternatif itu turut menuntut supaya keizinan wali bagi mana-mana wanita yang ingin bernikah dipinda. 

Seorang wanita seharusnya tidak memerlukan kebenaran dari seorang wali bagi memasuki alam perkahwinan. 

Seksyen 13 bagi undang-undang keluarga Islam perlu dipinda menurut cadangan Laporan Alternatif tersebut. 

Begitu juga dengan hak golongan transgender dan pengamal LGBT, yang dikatakan didiskriminasi melalui undang-undang sivil dan syariah yang sedia ada. 

Hak golongan ini turut dilaporkan sebagai ditindas oleh keputusan-keputusan fatwa di dalam negara. 

Laporan turut menyatakan Fatwa kebangsaan mendiskriminasi wanita. Menurut Laporan Alternatif tersebut, buat masa ini, kekuasaan wanita ke atas tubuh badan mereka sedang “diancam” oleh fatwa-fatwa tertentu yang mempunyai unsur-unsur kawalan yang tidak munasabah. 

Fatwa mengenai amalan berkhatan di kalangan wanita Fatwa yang dikeluarkan sekitar 21-23 April 2009 telah dilihat bercanggah dengan Artikel 5(a) CEDAW. Fatwa mengharamkan pembedahan tukar jantina Wanita dan lelaki transgender di negara ini sehingga golongan ini terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk diskriminasi turut disebut sebagai perkara yang bercanggah dengan CEDAW. 

Kongres yang mengumpulkan para ulama perempuan dari seluruh dunia, turut dihadiri beberapa wakil dari Malaysia. 

Nama wakil Malaysia yang tersenarai di dalam daftar hadir adalah Norhayati Kaprawi, Prof Madya Dr Nur Izura Udzir, Azareena Abdul Aziz dan Rozana Mohd Isa dari SIS Forum Malaysia, Azka Annisa dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohammad Afiq Bin Mohamad Nor (Afiq M Noor), Nor ‘Ashikin binti Mat Said dari Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Malaysia, Prof Datin Raihanah binti Hj Abdullah dari Universiti Malaya, Qisti Robhati dari Universiti Malaya, Siti Nur Sakinah Binti Ahmad Budiman dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fatin Nur Majdina Binti Nordin, Hazlina Abd Razak. 

Juga turut kelihatan hadir ialah Zuriani Zonneveld, composer wanita yang pernah menerbitkan album artis-artis terkenal Malaysia seperti Ziana Zain, Aisyah, Fauziah Latif dan ramai lagi. 

Zuriani Zonneveld yang dikenali juga sebagai Ani Zonneveld merupakan Presiden Muslim For Progressive Values (MPV) yang berpusat di Amerika. 

 Rujukan :1)http://wao.org.my/file/file/Malaysian%20NGO%20CEDAW%20Alternative%20Report%202012%206MB.pdf Comments

SUMBER: menara

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top