.... Harga Petrol 25-31 Mei: Ron95, Ron97, Diesel Naik Empat Sen | AAKJ




Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 , RON97 dan diesel masing-masing naik sebanyak empat sen iaitu kepada RM2.12 seliter, RM2.40 seliter, dan RM2.03 seliter, berkuat kuasa esok hingga 31 Mei.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui laman webnya secara infografik, menyatakan harga baharu mingguan itu berkuat kuasa mulai pukul 12.01 tengah malam ini.

Bagi tempoh 18 Mei - 24 Mei, harga runcit mingguan bagi RON95 ialah RM2.08 seliter, RON97 (RM2.36) dan diesel (RM1.99) seliter.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top