.... Hadi Awang Berdosa? | AAKJ





Semua perkara menjadi tidak kena apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir dalam program kerajaan walaupun bukan anjuran Umno, kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad.

“Salahkah PAS, berdosakah PAS yang hadir dalam program anjuran kerajaan. Salahkah PAS mengambil pendekatan politik matang dan sejahtera untuk bersama agensi kerajaan, bukan program parti,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau merujuk kehadiran Presiden PAS sebagai tetamu kehormat majlis rasmi kerajaan yang diadakan di Marang, Terengganu pada Khamis lalu.

Dalam majlis berkenaan, Hadi menjadi sebahagian daripada tokoh yang menjayakan sidang media bersama pemimpin kanan Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, serta beberapa pegawai kanan Jabatan Perikanan Malaysia serta Petronas.

Idris yang juga anggota parlimen Bukit Gantang berkata, PAS tidak pernah cemburu sekiranya ada dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan bertemu pemimpin Umno.


“Malahan kita tahu ada pertemuan di London satu masa ketika dahulu bersama dengan pimpinan tertinggi Umno. Malah hendak ajak Tuan Guru Haji Hadi bersama di dalam pertemuan tersebut, tetapi beliau tidak pergi, kalau tidak nahaslah.

“PAS tidak ambil kisah hal pertemuan itu, kerana kita faham ini pertemuan biasa. Almaklumlah, kita rai kerana mereka masih ada DNA dengan Umno sebelumnya,” katanya merujuk dakwaan pertemuan sulit antara pemimpin PKR dan Umno, empat tahun lalu.

-Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top