.... ‘Habis Modal’: Wakil Rakyat DAP Dakwa BN Guna Wanita Sebagai Simbol Seks | AAKJ





Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi ini kecoh selepas wakil rakyat pembangkang dan kerajaan negeri bertegang leher berhubung dakwaan Barisan Nasional (BN) menggunakan wanita sebagai simbol seks.

Perkara itu dibangkitkan R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) ketika sesi perbahasan dipercayai merujuk kepada kontroversi kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya sebelum ini berkenaan perkahwinan dengan mangsa rogol.

Tidak berpuas hati dengan dakwaan Rayer itu, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN – Teluk Bahang) bangkit mempertikai tuduhan tersebut dan menyifatkannya sebagai melampau.


Malah, beliau turut mendesak Rayer menarik balik dakwaan tersebut namun tidak dipedulikan Rayer sehingga mencetuskan perang mulut dan memaksa Yang Dipertua Dewan, Datuk Law Choo Kiang mengarahkan kedua-dua mereka keluar dewan.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita di luar sidang DUN, Shah Headan Ayoob mempersoal tindakan Chow Kiang mengarahkannya keluar dewan sedangkan beliau hanya mempertahankan tuduhan dibuat Rayer yang disifatkan beliau sangat melampau.

-Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top