.... Guan Eng Bersedia Jual Pulau Pinang Kepada China? | AAKJ




Aakj: Kalau ini yang dilakukan oleh Kerajaan BN maka ayat pertama keluar dari mulut longkang mereka adalah "Najib jual Malaysia kepada China..". Kalau yang kat bawah ni apa ya:

Pulau Pinang lebih dari mampu membayar balik pinjaman dari bank kerajaan China, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng selepas dikritik pembangkang mengenai rancangan meminjam wang untuk projek prasarana di negeri itu.

Lim berkata pakar kewangan kerajaan negeri sudah mereka model kewangan untuk membayar semula pinjaman itu, yang bertujuan untuk membantu membiayai sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP) bernilai RM47 bilion.

Pulau Pinang merancang untuk menebus guna 3 pulau di selatan negeri itu untuk membiaya PIP, yang akan melibatkan pembinaan laluan trem, jalanraya, lebuhraya dan mod pengangkutan lain.

Ketika ditanya berapa banyak yang ingin dipinjam kerajaan negeri, Lim berkata “beberapa ratus juga”.

“Pinjaman ini untuk 5 tahun. Beberapa banyak yang boleh dibayar dalam masa 5 tahun? Pinjaman ini kami boleh bayar dalam tempoh masa itu.

“Pinjaman ini akhirnya perlukan persetujuan kerajaan persekutuan,” katanya ketika ditemui pemberita di persimpangan Jalan Prangin dan Jalan Penang hari ini.

Sebelum ini, Lim memberi penerangan mengenai kerja ubah suai jambatan pejalan kaki 4 cabang oleh IGB Corp yang tertangguh. Pengubahsuaian jambatan itu, bernilai RM6 juta, dijangka siap Ogos.

Lim berkata Pulau Pinang merupakan negeri dengan jumlah hutang kepada kerajaan persekutuan yang terendah iaitu 0.4% daripada RM17.7 bilion, bersamaan RM64.49 juta.

Negeri yang menanggung jumlah hutang terbanyak adalah Pahang (RM3.1 bilion), diikuti Sabah (RM2.8 bilion) dan Kedah (RM2.7 bilion).

Lim berkata pinjaman yang ditawarkan Exim Bank of China menunjukkan kerajaan China mempunyai keyakinan penuh dengan kemampuan Pulau Pinang membayar semula pinjaman pada masanya.

“Kemudahan yang ditawarkan kepada Pulau Pinang ini ‘pengiktirafan’ dari bank kerajaan Republik Rakyat China (PRC).

“Exim Bank of China bukan bank komersil. Ia tidak berikan pinjaman pada sesiapa sahaja. Memberikan pinjaman kepada kita menunjukkan mereka meyakini Pulau Pinang.

“Ini bukan pinjaman biasa. Ini pinjaman dari PRC. Ia boleh dianggap inisiatif ‘One Belt One Road’ oleh kerajaan China,” katanya.

Semalam, Lim mengusulkan undang-undang bagi membolehkan Pulau Pinang meminjam wang dari bank dan institusi kewangan. Ia diluluskan secara sebulat suara.

Adun Teluk Bahang Shah Headan Ayoob Hussain Shah bagaimanapun memberita pemberita bahawa pinjaman untuk PIP itu, terutamanya projek laluan rel, mungkin tidak mampan.

Beliau tidak membantah kerajaan negeri mengambil pinjaman, tetapi memberikan peringatan mengenai pinjaman ini. Beliau berkata banyak projek rel mengambil masa bertahun untuk pulang modal.

Dalam suatu sidang media tergempar, Shah Headan berkata beliau sengaja tidak menahan diri dari membuat bantahan di Dewan Undangan Negeri semasa enakmen itu dibentangkan.

“Pada masa itu ahli pembangkang tidak berani membantah,” katanya, walaupun Lim bertanyakan mengapa wakil rakyat BN di Dewan Undangan Negeri membantah atau bersuara semasa sesi debat enakmen itu.

FMT

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top