.... Gaji Penulis Blog Pro Pembangkang Ini Mungkin Akan Dipotong | AAKJ




MUNGKIN kerana terlalu ghairah mahu membela wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan, sebuah laman blog pro pembangkang hari ini tersalah langkah ketika menulis jawapan kepada serangan bertubi-tubi kumpulan pro kerajaan berkaitan isu kedudukan Menteri Besar Selangor.

Dalam sebuah artikel berjudul “Wakil Rakyat HARAPAN Di Selangor Sudah Kaya, Tidak Mungkin Melompat” yang disiarkan dalam www.suarapakatanharapan.com pada hari ini, jelas menunjukkan pasukan media pro pembangkang sudah hilang kewarasan dan tiada hujah untuk mempertahankan para pemimpin sendiri.

Mereka sanggup mengakui bahawa wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan sudah kaya raya dan tidak lagi ghairah dengan suapan untuk melompat parti dari mana-mana pihak lawan.


Menurut penulis laman blog pro pembangkang itu, Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor amat menjaga baik soal kebajikan wakil rakyat Pakatan Harapan sejak September 2014 lalu.

“Mereka sudah hidup senang sekarang, tidak mungkin akan melompat parti, tak kira berapa banyak pun yang ditawarkan, oleh UMNO umpamanya,” tulis di dalam laman blog tersebut.

Mungkin penulis berkenaan tidak sedar dalam keghairahan dia mahu mempertahankan parti dan pemimpinnya itu, dia juga telah membuat pendedahan yang memburukkan partinya sendiri.

Kita jangkakan bahawa penulis laman blog tersebut bakal dikenakan tindakan dan mungkin seperti kata Rafizi Ramli – gaji dan upah penulis blog pro pembangkang tersebut akan dipotong oleh pihak majikannya. –Tv14

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top