.... Gagal Kemuka Statistik 
Buruh Asing, Kerajaan DAP Diselar | AAKJ





Kerajaan DAP Pulau Pinang diselar kerana gagal mengemukakan statistik kebanjiran buruh asing dan pecahan bidang kemahiran untuk rakyat asing berkenaan selepas dibawa masuk ke negeri ini.

Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN-Teluk Bahang) berkata, kegagalan itu menyebabkan rakyat negeri ini terutama belia sukar mendapat pekerjaan dan terpaksa bersaing dengan pekerja asing yang memono­poli sektor pekerjaan.

“Adakah kerajaan DAP hanya membawa masuk warga asing tanpa mengetahui bilangannya? Sekurang-kurangnya kemukakanlah bidang apa yang dikhususkan untk warga asing supaya rakyat negeri ini tahu,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Sebelum ini, Shah Headan membidas Kerajaan DAP Pulau Pinang yang menyalahkan Kerajaan Pusat berhubung isu lambakan pekerja asing di negeri ini sedangkan mereka mempunyai kuasa mengawal kemasukan tenaga buruh itu.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan sama ada kerajaan negeri melakukan kajian mengawal masalah lambakan warga asing di negeri ini dan menyifatkan dasar serta garis panduan mengawal masalah itu sebagai gagal.

Terdahulu, Datuk Mohd. Rashid Hasnon (PKR-Pantai Jerejak) dalam ucapan penggulungannya berkata, kerajaan negeri sentiasa mengutamakan rakyat tempatan dalam pelbagai bidang pekerjaan di negeri ini walaupun membawa masuk ramai buruh ­asing.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top