.... Exco PAS Tetap Tidak Akan Letak Jawatan | AAKJ





Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa jawatan Exco yang disandang oleh ahli Pas dalam kerajaan negeri Sela­ngor tidak boleh dilucutkan de­ngan mudah.

Abdul Hadi berkata, ini kerana Pas mengadakan bai’ah iaitu rukun yang mengikat pemimpin dan rakyat dengan hukum Allah dan ia diwajibkan kepada setiap calon bertanding dalam pilihan raya.

“Setelah mereka menang terus diikat dengan bai’ah.

“Inilah jawatan Exco yang dipegang oleh Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Selangor yang tidak boleh diberhentikan dengan sewenang-wenangnya, bukan dengan mencabut secara mudah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Konflik politik antara kedua-dua parti itu tercetus setelah Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Ekoran keputusan tersebut, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah memanggil tiga Exco Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr. Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib bertemu dengannya sebelum timbul desas-desus menyatakan mereka bakal dipecat.

Mengulas lanjut ka­ta Abdul Hadi, Pas berpegang kepada be­berapa komponen utama dalam menubuhkan kerajaan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan negeri iaitu yang pertama adalah Islam sebagai agama negara.

“Yang keduanya pula, institusi raja berperlembagaan wajib dihormati dan rakyat yang me­ngundi juga wajib diambil kira, bukan sahaja parti yang bertan­ding dan calon yang menang di­pilih rakyat sama ada di atas nama dirinya atau parti,” ujar beliau.

Justeru, Abdul Hadi mengingatkan PKR agar jangan ter­la­lu bermain politik tanpa me­­mandang kepada segala komponen sistem pemerintahan yang menjadi rukunnya.

“Peristiwa bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat, ‘Langkah Kajang’ yang salah dan membebankan rak­yat serta Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sepatutnya menjadi pengajaran,” katanya.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top