.... Demi Pertahankan PKR, DAP Akan Serang PAS | AAKJ





Nampaknya kini Pakatan Harapan dilihat semakin ‘bersatu’ dan ‘saling menyokong’ antara satu sama lain. Jika selama ini hanya parti komponen lain sahaja dilihat sering mempertahankan parti rasis DAP dalam banyak perkara, kini DAP pula mainkan peranannnya.
Pakatan Harapan terdiri daripada parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang di bawah pimpinan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengenai keputusan PAS memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti di bawah pimpinan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang kini dilihat mula serang parti Islam itu demi mempertahankan PKR.
Ini dapat dilihat apabila Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali menyifatkan PKR kini turut menjadi mangsa tabiat melabel PAS apabila majlis syura ulamak parti itu mendakwa PKR menentang sebahagian daripada agenda Islam yang dibawa PAS.
“Bagi saya ini adalah satu tuduhan yang cukup berat. Nampaknya bukan sekadar DAP sahaja yang menjadi mangsa labelan PAS kononnya menentang Islam, rupanya PKR juga dihukum hal yang sama,” kata Sheikh Omar.
Namun beliau, tertarik dengan ‘penghakiman’ berbeza PAS terhadap situasi kerjasama parti itu dengan PKR di Selangor.
Menurut Sheikh Omar, dengan menggunakan istilah ‘maslahah’ sebagai alasan, pendirian PAS terhadap kedudukan perjawatan ahli dewan undangan negeri (Adun) parti itu dalam kerajaan negeri Selangor khususnya exco negeri tidak setegas keputusan membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR.
“Hal ini membenarkan kenyataan yang pernah saya lontarkan pada 1 Mei lalu bahawa ‘Tuhan bukanlah segala-galanya bagi PAS saat bertembung soal kuasa’,” kata Sheikh Omar.
Malah beliau mendakwa dengan menggunakan hujah apa sekalipun, sukar bagi PAS untuk berundur setelah merasai nikmat berada di tampuk kuasa.
Beliau berkata, bola kini terletak di kaki Pakatan Harapan khususnya PKR untuk menilai dan membuat keputusan khususnya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“PAS tidak peduli semua ini biarpun bakal digelar ‘muka tak malu’, ibarat ‘sudah ditalak, tapi masih mahu duduk serumah’!
“Bagi saya, usaha PAS mencucuk hidung Azmin bakal kita saksikan dalam percaturan parti itu memposisikan diri mereka sebagai ‘kingmaker’ menjelang PRU ke-14 yang kian hampir,” katanya.
- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top