.... DAP Terus Memerintah Negeri, P. Pinang Akan Bankrup | AAKJ





Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini begitu lantang mendakwa pemerintahan Kelantan di bawah parti PAS sebagai negeri gagal dan muflis. Beliau mendakwa kegagalan PAS mentadbir negeri itu menyebabkan rakyat Kelantan masih miskin dan berada dalam keadaan mundur.

“PAS tadbir negeri gagal, PAS adalah sebuah parti gagal yang tadbir negeri gagal dan bankrap di mana rakyat masih miskin dan mundur,” kata Setiausaha Agung DAP itu.

PAS sudah memerintah Kelantan sejak 1990. Bermula Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, 2008 dan 2013, PAS adalah bekas rakan sekutu politik DAP sehinggalah 2015. Jika Guan Eng berkata Kelantan adalah negeri yang gagal dan muflis, sebagai sekutu PAS sebelum ini. DAP juga merupakan parti yang gagal juga.

Ini dapat dilihat apabila kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP di bawah pimpinan Lim Guan Eng cuba gadaikan negeri Pulau Pinang dengan pinjaman tanpa had dari China.

Satu undang-undang atau enakmen baru telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang semalam yang dinamakan Rang Undang-undang Pinjaman Negeri Pulau Pinang (Bank dan Sumber-Sumber Kewangan Lain) 2017.

Undang-undang ini membenarkan Ketua Menteri yang sedang menghadapi dua kes rasuah untuk meminjam daripada China EXIM Bank daripada China tanpa perlu mendapat kelulusan DUN.

Alasan Guan Eng, pinjaman dengan Bank dari China itu akan digunakan untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan (PIP) dan membolehkan pelaburan lain masuk ke Pulau Pinang.

Namun tindakan itu mendapat reaksi kurang senang apabila ADUN Tanjung Bunga, Teh Yee Cheu, sendiri mempertikaikannya dengan mengatakan bahawa undang-undang ini memberikan EXCO Negeri Pulau Pinang cek kosong (blank cheque) untuk meminjam dan berbelanja.

Manakala ADUN Teluk Bahang, Shah Headan Ayoob Hussain Shah menyifatkan cadangan kerajaan DAP Pulau Pinang membuat pinjaman daripada sebuah bank di China, berisiko kerana sektor pengangkutan tidak memberi pulangan dan keuntungan yang tinggi.

Tahun lepas, EXCO Pulau Pinang EXCO, Chow Kon Yeow berkata, berbelanjaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang telah meningkat dari RM27 bilion kepada RM46 bilion dan Kerajaan Pulau Pinang perlu meminjam berbilion ringgit untuk membiayai jurang ini.

Ini bermakan pinjaman yang diperlukan adalah sehingga RM19 bilion. Manakala pada masa sama, perbelanjaan pentadbiran negeri Pulau Pinang telah meningkat lima kali ganda daripada RM280 juta pada tahun 2008 kepada sehingga RM1.5 bilion pada tahun 2017.

Minggu lepas, jumlah keseluruhan sebanyak RM219 juta telah disahkan dibayar oleh Rejim DAP Pulau Pinang untuk kajian mengenai 3 jalan yang telah lama tertangguh dan lebih malang sebarang pembinaan jalan tersebut masih belum dimulakan.

Walau apa pun, ada beberapa perkara perlu dirisaukan oleh Rakyat Pulau Pinang, seperti keuntungan negeri Pulau Pinang adalah sekitar RM400 juta setahun (tanpa melibatkan penjualan aset atau tanah) untuk menampung keperluan 1.7 juta penduduknya adalah sekadar cukup-cukup makan.

Dengan purata hutang baru setahun sebanyak RM28,000 setiap seorang yang bakal dipinjam oleh Rejim DAP Pulau Pinang, masa depan negeri itu amat suram.

Selain itu, cukai telah dinaikkan sejak 2015 serta pengenalan cukai baru seperti cukai bilik serta tarif air yang telah dinaikkan sebanyak 4 kali sejak 2008. Malah rejim DAP Pulau Pinang telah menjual tanah tanpa tender terbuka termasuklah kes yang menjadi kontroversi sekarang iaitu penjualan tanah projek Island Hospital.

Dan juga perbelanjaan operasi Rejim DAP Pulau Pinang telah meningkat sebanyak 500%. Tidak banyak lagi tanah di Pulau Pinang untuk dijual oleh Rejim DAP.

Justeru, sama ada Pulau Pinang bakal menjadi seperti Greece pada masa hadapan, hanya masa yang akan menetukan. Ini kerana kita sering dimomok-momokkan dengan ‘failed state’ oleh parti chauvinist DAP sejak 1960an. Mungkin Pulau Pinang bakal menjadi kenyataan.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top