.... DAP Takut Saman Tunku Aziz, Annuar Musa Dan Dr Zuhdi | AAKJ





Presiden Aktivis Belia Tanah Air (ABATA), Azrinizam Ibrahim berkata, sampai bila Dap mahu terus membisu dan tidak berani membawa bekas Naib Pengerusi parti itu Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ke mahkamah bagi menafikan dakwaan yang dibuat bahawa parti Dap adalah sebuah parti yang penuh rasuah.
Jelas beliau, sebelum ini juga Tunku Aziz pernah menyatakan kesediaan untuk disaman oleh Dap ekoran daripada pendedahan yang dibuat berkaitan perjanjian sulit pemimpin Dap dengan Tun Mahathir Mohamad tentang kedudukan jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri.
“Tunku Aziz sudah menyatakan kesediaan untuk disaman malah berkali-kali mencabar Lim Kit Siang untuk berdebat tetapi tidak sekalipun ianya disahut.
“Adakah kerana takut tembelang pecah maka Dap mengambil tindakan berdiam diri dengan harapan rakyat akan lupa apa yang telah didedahkan.
“Rakyat kini menanti dan terus menanti adakah Dap benar-benar berani untuk mengambil tindakan bukan hanya kepada Tunku Aziz malah juga kepada Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Seri Annuar Musa yang mendakwa Dap adalah sebuah parti rasis,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Azrinizam, selain dua nama tersebut, seorang lagi individu yang sepatutnya telah lama Dap saman adalah Biro Penyelidikan Pas Dr. Zuhdi Marzuki yang telah mendakwa Dap menerima dana RM1.2 billion daripada Israel.
“Tuduhan yang dibuat oleh Dr. Zuhdi telah berlalu selama dua tahun namun kes ini tetap dibiarkan sepi tanpa sebarang tindakan.
“Kini, saya mendedak agar Dap mengambil undang-undang dengan seberapa segera kepada tiga individu ini bagi membuktikan bahawa parti mereka telah difitnah.
“Pilihan raya umum sudah semakin hampir dan inilah masa terbaik bagi mereka mendapat kepercayaan rakyat. Namun sekiranya Dap gagal dan terus berdiam diri maka terbuktilah segala tuduhan yang dibuat adalah benar dan Dap tidak mampu untuk membuktikan mereka telah difitnah. 
– MediaUMNO

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top