.... DAP Pulau Pinang Lelong Tanah Rakyat Kepada Singapura | AAKJ







Semakin lama kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP memerintah negeri Pulau Pinang, semakin teruk malapetaka yang dibawa. Sejak kerajaan DAP menguasai negeri ini, banyak perubahan yang dilakukan sehingga membebankan rakyat negeri Pulau Mutiara itu.

Lebih malang dan memalukan lagi rakyat negeri itu apabila dipimpin ketua menteri yang sedang menghadapi skandal rasuah. Lim Guan Eng yang enggan melepaskan jawatan telah mencemar namanya sebagai ketua menteri.

Meskipun kes rasuah membabitkan Guan Eng yang merangkap Setiausaha Agung DAP dalam pembelian banglo di bawah harga pasaran tetap menjadi bualan hangat, isu penjualan tanah milik rakyat Pulau Pinang kepada sebuah syarikat Singapura turut hangat diperkatakan.

Kerakusan kerajaan DAP Pulau Pinang menjual hartanah kepada pelabur dalam dan luar negara sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Sebelum ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang mengesahkan apa yang beberapa NGO telah mendakwa mengenai tanah negeri Peel Avenue.

Guan Eng mengakui tidak ada tender terbuka mahupun sebarang tender dan projek ini telah diluluskan tanpa rundingan awam terlebih dahulu – yang kedua-duanya DAP telah berjanji bahawa mereka akan sentiasa lakukan bagi setiap projek mereka.

Alasan paling mudah apabila mengakui tanah dimiliki kerajaan negeri dijual tanpa sebarang tender terbuka malah dilakukan secara senyap.

“Projek mega Hospital Island Pulau Pinang di Peel Avenue dianggap sebagai pelaburan terus asing maka tidak perlu melalui sistem tender terbuka,” kata Guan Eng.

Walau apa pun, isu ini wajar diberi perhatian oleh rakyat Malaysia khususnya rakyat Pulau Pinang. Ini kerana, tanah dengan keluasan 2.5ha di Peel Avenue dijual tanpa melalui proses tender terbuka dan di bawah harga pasaran.

Setiausaha MCA Pulau Pinang, Dr Tan Chuan Hong ada mempersoalkan perkara ini dan mendesak pemerintah negeri DAP memberikan penjelasan mereka.

Menurut Tan, harga tanah di Persiaran Gurney ialah RM1,500 setiap sqf dan RM1,000 di Pulau Tikus. Justeru persoalannya, kenapa kerajaan negeri DAP menjual tanah Peel Avenue dengan harga hanya RM560?

Lebih mencurigakan, ia dibuat tanpa tender terbuka. Ini berbeza sekali dengan pemerintah Barisan Nasional (BN) suatu masa dahulu yang sentiasa mengamalkan tender terbuka bagi menjamin ketelusan.

Sehubungan itu, MCA negeri juga mahukan penjelasan DAP berhubung status tanah yang ditukar kepada CMI (Chief Minister Incorporated) sebelum proses penjualan.

Banyak sekali isu yang mencurigakan di Pulau Pinang sejak diperintah DAP. Selain itu, tertunggu-tunggu juga bilakah Tony Pua atau Ong Kian Ming atau Rafizi Ramli yang terkenal dengan kaki bongkar, kononnya pembela rakyat ini akan tampil bersuara dalam isu di Peel Avenue. 

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top