.... DAP Berkuasa Tentukan Calon PM | AAKJ





Parti-parti dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP tidak perlu bertelagah untuk menentukan siapakah calon Perdana Menteri kerana DAP sendiri yang akan membuat keputusan itu jika mereka berjaya mengambil alih pentadbiran negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, ini kerana DAP mempunyai kerusi Parlimen terbanyak dalam Pakatan Harapan dan parti itu pa­ling berhak menentukan kedudukan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, kedudukan DAP da­lam Pakatan Harapan sama se­perti UMNO dalam Barisan Nasional (BN), maka atas sebab itu UMNO mengisi kedua-dua jawatan berkenaan.

“Amalan ini adalah konvensyen politik tanah air, maka atas dasar inilah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak te­lah mengatakan pada Disember tahun lalu bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebenar­nya adalah bagi rakyat Malaysia untuk memilih sama ada kerajaan pimpinan UMNO dikekalkan atau memilih kerajaan baharu yang diterajui DAP.

“Perdana Menteri dengan bijak telah dapat membaca dan menganalisis cara permainan dan percaturan politik DAP. Lim Kit Siang sangat takut jikalau orang Melayu tahu bahawa DAP paling berkuasa dalam Pakatan Harapan dan DAP lah yang membuat keputusan­ pen­ting,” katanya me­ne­­rusi blog be­liau, sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Dalam pada itu, Salleh berkata, DAP memasang strategi untuk menggalakkan parti Melayu seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempamerkan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri demi menunjukkan ‘wajah Melayu’ mereka itu sebagai satu propaganda politik.

“Najib jauh lebih cekap daripada Kit Siang dalam gerak langkah percaturan politik pada masa ini. Sebab itu beliau lebih layak untuk memimpin negara berbanding Penasihat DAP itu,” katanya.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top