.... DAP Adalah Penjenamaan Semula PAP – Aktivis Singapura | AAKJ





DAP yang didaftarkan di Malaysia pada 1966 adalah penjenamaan semula PAP, sebuah parti yang diasaskan di Singpaura pada 1954, kata aktivis sosial Republik itu, Jafri Basron.

Aktivis sosial Singapura itu mendedahkan pada awalnya hanya terdapat sebuah parti, PAP, yang menghubungkan Singapura dan Malaysia, namun apabila Singapura disingkirkan daripada Malaysia pada 1965, PAP menjenamakan semula parti itu di Malaysia sebagai DAP.

“Pada mulanya terdapat sebuah parti yang dipanggil PAP yang mempunyai cawangan di Singapura dan Malaysia.

“Walau bagaimanapun; kerana sebab-sebab tertentu; Pendaftar Pertubuhan (Malaysia) memutuskan untuk membatalkan pendaftaran PAP. Selepas itu parti baharu yang dikenali sebagai DAP telah ditubuhkan untuk mewakili kepentingan PAP di Malaysia,” dedahnya dalam Facebook.

Tambahnya, selepas DAP didaftarkan, seorang pembantu Lee Kuan Yew (ketika itu merupakan Setiausaha Agung PAP), iaitu Lim Kit Siang telah ditugaskan untuk menjaga DAP di Malaysia.

“Bekas Setiausaha Agung dan tokoh utama DAP adalah Lim Kit Siang; Dia adalah bekas Setiausaha Politik kepada mendiang Lee Kuan Yew,”dedahnya lagi.


Esmee Mat Isa pula mendedahkan Kit Siang dalam bukunya, “Malaysia Crisis Of Identity” mengesahkan dia merupakan pejuang ‘Malaysian Malaysia’ penyambung lidah perjuangan PAP dan Kuan Yew di Malaysia.

“1985 – Lim Kit Siang di dalam bukunya “Malaysia Crisis Of Identity” mengulangi cita-cita DAP mahu mewujudkan “Malaysian Malaysia”dengan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.

“1997 – Lee Kuan Yew dalam kenyataannya menyebut pentingnya Singapura bergabung semula dengan Malaysia.

“2004 – Lee Kuan Yew didalam satu wawancara TV di Shanghai pernah berkata Singapura akan menyertai Malaysia semula tetapi dengan syarat UMNO harus dihapuska,setiap orang harus diberi kesaksamaan dan keadilan berdasarkan meritokrasi,” dedahnya.

Hasrat Kuan Yew untuk menyertai Malaysia semula merupakan rahsia terbuka yang sering diperkatakan di kalangan netizen.

“Lee Kuan Yew pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Singapura perlu kembali menyertai Malaysia untuk terus ‘survive’…

“Malah Lee Kuan Yew mencadangkan agar Singapura menjadi Wilayah Autonomi Khas dalam Malaysia..seperti Hong Kong (Hong Kong adalah Wilayah Autonomi Khas dalam China)..” dedah blog syeikhsifu.

- AIDC

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top