.... Calon Perdana Menteri Untuk PH, AMK Akui PKR Ketandusan Idea | AAKJ





Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak menolak PKR ketandusan individu sesuai susulan Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon tunggal Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan.

Setiausaha AMK Pusat, Ahmad Azri Zainal Nor dipetik berkata pimpinan parti itu bersedia menamakan calon lebih sesuai jika terdapat individu yang berwibawa.

“Sebenarnya PKR juga tidak semestinya memilih Anwar sahaja jika ada calon yang lebih layak. Setakat ini Anwar adalah ikon parti ini.

“Jika ada calon yang berketrampilan dan berwibawa pasti calon itu akan dipilih,” jelasnya kepada BNBBC.my portal seperti dilapor semalam.

Menurutnya, semua parti dalam Pakatan Harapan berhak untuk mencalonkan siapa pemimpin dari parti mereka yang berkelayakan untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-7.

“Bagi saya, PPBM boleh mencalonkan Tun M atau Tan Sri Muhyiddin Yassin, begitu juga Amanah, mereka boleh meletakkan Mat Sabu dan DAP juga boleh menamakan calon Melayu menjadi Perdana Menteri.

“Namun, keputusan muktamad akan ditentukan kemudian hari seandainya kita menjadi Kerajaan Pusat,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan tindakan PKR menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri ketujuh adalah hak parti itu.

“Dah nama Kongres Nasional PKR, tentunya kami memilih Anwar sebagai calon. Takkan nak pilih calon dari parti lain,” katanya sinis.

Tegas Ahmad Azri pembangkang tidak sepatutnya bertelagah menentukan siapa yang lebih layak menjadi Perdana Menteri ketujuh, sebaliknya perlu memastikan kemenangan dalam PRU ke-14 terlebh dahulu.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top