.... Calon Perdana Meneteri : Anwar Dan Mahathir Tetap Bercakaran | AAKJ





Pakatan Harapan yang diketuai DAP didakwa tidak lagi boleh menyembunyikan fakta bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tidak lagi bermusuh dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penganalisis politik, Raja Petra Kamaruddin berkata, sebaliknya Anwar kini sebenarnya berlawan dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Misi terbaru PKR kini adalah untuk membantu Dr. Mahathir kembali berkuasa sama ada sebagai Perdana Menteri atau sebagai proksi kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Perkembangan ini merupakan sesuatu yang aneh dan membingungkan kerana Mahathir sendiri berkata adalah syok sendiri untuk bercakap mengenai siapa yang patut menjadi Perdana Menteri pada peringkat ini.

“Kini sudah jelas. Semua ini adalah mengenai Anwar melawan Mahathir bukannya gandingan Anwar dan Mahathir melawan Najib,” katanya menerusi portal malaysia-today.net hari ini.

Menurut Raja Petra, DAP hanya memerhatikan pertembungan antara Anwar dan Dr. Mahathir itu tanpa membantu mana-mana pihak.

“DAP tidak peduli tentang siapa yang akan menjadi Perdana Menteri kerana mereka hanya mahu UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan digantikan dengan Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

“Ini kerana mereka tidak perlu bimbang tentang siapa yang akan menjadi Perdana Menteri kerana keputusannya di tangan DAP,” katanya.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top