.... Bertudung Tidak Ada Dalam AlQuran – Aktivis Jahil | AAKJ



BEBERAPA individu berbangsa Melayu seolah-olah ditugaskan untuk memesongkan akidah umat Islam dengan kenyataan yang berbentuk provokasi memperlekehkan hukum-hukum dan peraturan dalam agama Allah. Mereka ini telah berselindung disebalik nama “AKTIVIS” bagi memudahkan mereka untuk melaksanakan agenda tersebut.

Menurut pemerhatian, mereka ini seolah-olah dibayar oleh pihak pembangkang yang sememangnya mahu menukar agama rasmi negara dari Islam kepada agama Kristian. Dalam perlembagaan negara, Islam merupakan agama rasmi. Mereka cuba mencabar perkara ini dengan menimbulkan keraguan terhadap isu-isu asas secara halus bagi merosakan agama Allah ini.

Masihkah anda ingat seorang perempuan biadap yang makan dikhalayak ramai ketika bulan Ramadhan dan seolah-olah mahu seluruh negara menerima perbuatan tersebut dan mengangkat dia sebagai wira?

Perempuan yang sama juga mempertikaikan hukum menutup aurat dengan merekayasa kononnya tidak terdapat dalam Al Quran sebarang arahan agar muslimah menutup aurat atau dengan lebih tepat bertudung.

Baru-baru ini Maryam Lee telah menimbulkan perdebatan di Twitter apabila mendakwa dalam Al-Quran tidak pernah menyatakan bahawa rambut perlu ditutup, kononnya dalam ayat tersebut hanya dinyatakan bahawa kain kerudung kepala perlu dilabuhkan bagi menutup dada.

Menurut Maryam, pemakaian tudung dalam masyarakat Islam Malaysia sebenarnya hanya tuntutan adat, bukan tuntutan agama Islam. Beliau dilihat cuba menyesatkan mereka yang tidak mempunyai keimanan dan pengetahuan yang tinggi dalam Islam.

Maryam juga setakat ini mengelak dari menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kepadanya mengenai kenyataan itu secara langsung, sebaliknya hanya menyatakan sumbernya ialah ulama kontemporari Indonesia, Prof. Quraish Shihab yang ditemuinya secara peribadi di negara itu. Dia juga berkata, sejak dua tiga hari lepas, dia mempelajari bahawa perkara terbaik yang patut dilakukannya dalam memberi pendapat tentang agama ialah dengan memberi pendapat menggunakan bahasa Arab.

Jadi, seorang pengguna Twitter telah bertanya kepada bekas Imam Besar Masjid Jeddah, Sheikh Assim bin Luqman al-Hakeem yang kini bertugas sebagai pemberi Khutbah Jumaat di masjid itu mengenai kebenaran kenyataan yang dibuat oleh Maryam sebagai seorang ulama dan juga sebagai pengguna bahasa Arab sebagai bahasa pertama.

Dan dia menjawab:



Seorang pengguna Twitter, @RahmanEllias, memberi penerangan yang penetapan hukum dalam Islam bukan bersandarkan kitab Al-Quran semata-mata, juga kepada Hadith dan Ijma’ oleh para ulama:

Nampaknya Maryam tidak mampu menyatakan hujah-hujah bagi menyokong pendapatnya secara ilmiah, sebaliknya mengkritik masyakarat yang mempersoalkan kenyataannya dengan memberi bayangan melalui tweetnya yang masyarakat Islam Malaysia tidak bersikap terbuka untuk berbincang dan tidak memahami bahasa Arab seperti dirinya.

Namun begitu, setelah ditempelak Sheikh Assim, Maryam masih tidak mampu memberikan sebarang jawapan yang konkrit, hanya merujukkan Netizen kepada Prof Quraish yang mengakui hujah yang digunakannya untuk mengatakan menutup rambut tidak wajib juga lemah tetapi ini gagal dinyatakan oleh Maryam dalam kenyataan asalnya.

Sememangnya agak mengecewakan apabila gadis-gadis Muslim di Amerika Syarikat berusaha mempertahankan untuk memakai tudung di sebuah negara di mana mereka cenderung digelar pengganas, sedangkan ada gadis Malaysia pula menganggapnya seperti satu masalah yang membelenggu kehidupan mereka.

Umat Islam digesa agar berhati-hati dengan orang Melayu yang dikatakan menjadi balaci pembangkang untuk merosakan kesucian agama Islam dengan berselindung disebalik nama aktivis.

– PRU14.tv



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top