.... Bertekak isu logo, ‘pendua’ BN? | AAKJ





Alkisah ‘bertekaklah’ kala­ngan beberapa orang kuat pembangkang mengenai cadangan logo Pakatan Harapan yang dikepalai DAP ini.

Seorang cakap buruk rekabentuk logo itu, seorang pula cakap elok. Benar kata Presiden PAN, Mohamad Sabu, cap apa pun tak apalah.

Sebenarnya baru sekarang pembangkang terfikir untuk bergabung di bawah satu lambang atau logo. Sebelum ini buat hal masing-masing.

Tampak jelas Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO menjadikan pakatan pembangkang kelam-kabut dan melilau ingin menciplak. Kalau ada orang mahu meniru, sudah tentu apa yang dilakukan BN ada kebenarannya.

Bukan mudah sebenarnya hendak menjadi ‘pendua’ BN. Dalam Pakatan Harapan sendiri berkecamuk.

Ada parti berkisar parti ‘Anak Beranak Sendirian Berhad’. De­ngan hegemoni dua dinasti, satu keluarga dengan kuasa dan satu lagi keluarga tanpa kuasa, actually, all are merely ceremonial.

Sebabnya, dalam sistem parti terbabit, Setiausaha Agung le­bih berkuasa daripada Pengerusi. Mereka ini tak henti-henti berkokok dan menjerit mendakwa parti mereka memperjuangkan pelbagai kaum.

Namun jika dikaji daripada senarai kepimpinan Pusat, dapat dilihat orang Melayu dan Bumiputera yang membentuk hampir 67 peratus rakyat, hanya setakat mempunyai satu dua wakil. Le­bih dahsyat lagi, kelompok Bumiputera Sabah dan Sarawak langsung tidak diwakili. Adakah itu namanya demokrasi dan parti bersifat terbuka?

Bercita-cita untuk menjadi parti pemerintah bagi sebuah parti politik bukanlah perkara luar biasa. Namun yang perlu direnungkan oleh rakyat ialah kesannya kelak. Rakyat mesti sedar dan faham bahawa parti-parti lawan ini mempunyai maksud yang tidak ikhlas, sangat oportunis dan penuh hipokrasi.

Mereka teringin sangat nak ada pejabat di Putrajaya. Teruja tinggal di Seri Perdana.

Kerana itulah mereka sanggup berbuat apa pun hanya untuk merampas kuasa dan dari semasa ke semasa bersifat bia­dab, rakus lagi haloba.

Seluruh Malaysia tahu, bahkan satu dunia tahu bahawa angan-angan 16 September 2008 oleh pihak pembangkang telah menjadi satu pembohongan terbesar dalam sejarah politik tanah air.

Satu falsafah Cina sangat sesuai dijadikan pengajaran. Dalam bahasa Mandarin berbunyi: Xian tian xia zhi you er you, hou tian xia zhi le er le.

Difahamkan ia bermaksud: “Selesaikanlah masalah rakyat sebelum kesusahan menimpa mereka. Bahagiakanlah hidup rakyat sebelum semua dapat hidup bahagia”.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top