.... Berhimpun Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Beranikah Pakatan Harapan? | AAKJ





Rasa-rasa berani ke tidak Pakatan Harapan (PH) anjurkan perhimpunan di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil seperti apa yang UMNO lakukan malam tadi menyambut ulangtahun UMNO ke-71 tahun.
Kalau secara jujurnya, memang takkan berani kerana mereka sudah gagal dalam menganjurkan perhimpunan di jalanan di mana orang yang mahu menghadirinya boleh datang dari pelusuk mana pun tetapi yang datang hanya sedikit sahaja.
Perhimpunan Bersih misalnya dari edisi pertama sampai kali ke-5 tahun lepas pada 1 Oktober semuanya gagal memenuhi sasaran yang mereka tetapkan. Bersih 4 kata hendak sasar 50,000 yang datang kira-kira 20,000 hingga 30,000 sahaja.
Untuk mengelakkan gagal lagi sekali, kempen Bersih 5 dimulakan sejak sebulan lebih awal dengan melakukan jelajah atau roadshow di seluruh negara ketika itu mereka sasarkan 100, 000 orang hadir di kawasan ibu negara, Dataran Merdeka, Bangsar dan Masjid Negara.
Kalau dibuat di stadium, pembangkang hanya berani di stadium kecil-kecil sahaja seperti di Stadium Malawati, Shah Alam atau Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk berhimpun, dulu pernah mereka buat di Stadium Merdeka di ibu negara tapi tak penuh pun.
Jika mereka PH buat perhimpunan mereka di kawasan tumpuan sebegini, orang ramai akan memenuhi satu lokasi dan ruang kosong akan jelas kelihatan jika ada dan kekurangan orang yang datang akan benar-benar kelihatan. Kalau di luar, kalau ada orang tak datang, orang ramai yang lalu lalang kebetulan mahu tengok apa yang terjadi pun mereka akan anggap sebagai peserta.
Oleh sebab itu, mereka sendiri tidak berani menggunakan Stadium Nasional untuk gelanggang mereka berpolitik kerana mereka tidak akan berjaya memenuhkan stadium berkenaan yang boleh memuatkan 100,000 orang pada satu-satu masa.
UMNO melakukannya dengan mudah kerana kedatangan orang ramai dan ahli UMNO kerana rela selepas sedar betapa pentingnya perjuangan UMNO untuk mereka sebagai orang Melayu dan rakyat Malaysia.
Bakti dan jasa UMNO sejak tahun 1946, berjuang mendapatkan merdeka kemudian membangunkan negara ini sampai ke tahap ini, rakyat sudah menyaksikan kejayaan UMNO berjuang dan menunjukkan bakti sehingga negara Malaysia membangun dan maju seperti sekarang ini.
UMNO sudah pun tunjuk kekuatan dan keberanian dengan pimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam sebuah stadium yang boleh memuatkan 100,000 orang. 
- PRU14.TV

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top