.... Bengang Kena Troll #LogoPHodoh, Pembangkang Fitnah Jumlah Rizab Negara Pula | AAKJ





Betapa jahat parti DAP apabila mereka mahu melihat ekonomi negara perlahan-lahan merosot dan jatuh kerana kecewa cita-cita politik mereka tidak kesampaian mahu menerajui kerajaan pusat dan memerintah Malaysia.

Semalam, Lim Kit Siang iaitu pemimpin veteran DAP dipanggil dan datang memberikan keterangan keada Pasukan Petugas Khas Siasatan Skandal Mata Wang Asing (Forex) yang menyebabkan Malaysia rugi berbilion Ringgit pada sekitar tahun 90-an.

Dengar cerita, dengan banyak maklumat yang ada dalam pengetahuan Kit Siang, dia hanya beri keterangan selama 30 minit sahaja.

Kelmarin pula, geng pakatan pembangkang telah dijadikan bahan jenaka kerana menghasilkan rekaan logo rasmi Pakatan Harapan (PH) yag buruk dan teruk dengan menggunakan hashtag #LogoPHodoh #LogoPHBuruk di media sosial terutamanya Twitter. Memang teruk pun kalau anda tengok logonya.

Akibat bengang diserang berkali-kali, mereka membuat fitnah berkaitan rizab simpanan negara dengan mendakwa kini Malaysia hanya ada simpanan berjumlah RM101 bilion sahaja.

Fitnahnya disampaikan begini

“Semua orang perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana ini ialah satu malapetaka ekonomi yang sedang dihadapi. Simpanan Bank Negara hanya RM101 bilion pada masa ini, sedangkan hutang telah melampaui kepada RM 614,880,270 bilion. Ini bermaksud setiap warganegara mempunyai satu hutang percukaian RM18,835”

Sedap mulut sahaja mereka umumkan jumlah itu yang entah dari mana mereka dapat. Anda boleh lihat dan layari sendiri laman web Bank Negara Malaysia (BNM) kerana bank pusat negara itu dan lihat artikel di dalamnya berkaitan penjelasan terperinci berkaitan jumlah rizab BNM sekarang ini.
Aset rizab rasmi BNM ketika ini adalah berjumlah AS$95,424.3 juta atau dalam tukaran semasa AS$4.3 bersamaan dengan RM410.3 billion. Bukanlah hanya RM110 billion seperti yang ditularkan dan difitnahkan menerusi aplikasi bual digital Whatsapp.

Manakala aset mata wang asing lain berjumlah USD$571.0 juta pada akhir bulan Mac 2017 tahun ini.

Mereka ini hanya tahu membuat tuduhan tanpa usul periksa dan mahu memperjudikan keamanan serta kedaulatan negara Malaysia dengan mengumpan campur tangan negara asing untuk masuk ke Malaysia seterusnya secara halus menentukan hala tuju negara ini.

Kalau pembangkang tuduh, kerana profesional, kerajaan menyediakan jawapan dan memberikan penjelasan kepada rakyat dan tidak pernah berselindung malahan pasti dijawab. – pru14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top