.... Bekas Pesuruhjaya PAS Nafi Rancang Keluar Parti Beramai-ramai | AAKJ





Bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat, menafikan dia menghantar mesej Whatsapp yang menghentam Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menerusi entri laman Facebook, beliau menyifatkan perkara itu sebagai fitnah.

“Tanda kiamat. Mereka ini tanpa segan silu, tanpa rasa berdosa membuat dan mereka-reka fitnah. Sanggup mereka guna nama ambe (saya) utk (untuk) mengadu domba.

“Dosa mereka ini berpanjangan setiap kali disebar diviral. Insaflah dan bertaubatlah. Allah umpamakan golongan ini sebagai pemakan bangkai yang busuk,” katanya dalam entri itu.

Kandungan daripada kumpulan WhatsApp yang menjadi viral kononnya mengandungi perbincangan antara Satiful Bahri dengan kepemimpinan parti itu yang antaranya menyatakan Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang terhutang budi dengan UMNO.

Salinan WhatsApp itu didakwa mencerminkan pergolakan dalam PAS Terengganu dan kononnya Satiful Bahri sedang menggerakkan sekumpulan ahli untuk keluar parti secara beramai-ramai.

Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka antara tiga Pesuruhjaya PAS yang digugurkan dalam rombakan terhadap barisan kepemimpinan AJK parti itu semalam.

Beliau digantikan dengan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Husin Awang. Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, pula menyifatkan perbuatan itu bertujuan merosakkan PAS.

Bagaimanapun beliau enggan membuat andaian sama ada fitnah seumpama itu dilakukan musuh politik PAS. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, berkata budaya fitnah seperti itu jika dibiarkan berterusan akan merosakkan negara dan bangsa untuk jangka panjang.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top