.... Bebelan Rafizi Berniat Jahat - Adam Rosly | AAKJ




"Dia tidak menunjukkan rasa hormat kepada prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah kecuali dibuktikan sebaliknya.

"Komen Rafizi juga tidak wajar sama sekali kerana kes saya masih dibicarakan di mahkamah.

"Bebelannya mengenai saya berniat jahat dan didorong oleh agenda tidak wajar," katanya.

Tiga hari selepas didakwa, Rafizi berkata, PKR wajar menjauhkan diri daripada Adam Rosly terutama menjelang pilihan raya umum ke-14.

"Saya berharap seluruh kekuatan parti dari akar umbi ke peringkat pimpinan mengambil langkah untuk menjarakkan parti daripada kemelut peribadi seperti ini.

"PKR mesti dilihat tegas dan berpegang kepada piawai moral dan keamanahan yang jauh lebih tinggi berbanding parti-parti lain," katanya.

Hari ini seorang lagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, mengumumkan jawatankuasa disiplin parti itu masih meneliti kes Adam Rosly.

Dua pemimpin yang diberi amanah melihat isu berkenaan, kata Nurul Izzah, ialah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, dan ketua wanita parti terbabit, Zuraida Kamaruddin.

Adam Rosly, 29, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 21 April lalu.

Dia berdepan enam tuduhan membabitkan kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hakim memutuskan 29 Mei ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top