.... Azmin Rasuah Semua EXCO? | AAKJ





Kerana desas desus dan juga laporan portal berhubung 4 Adun PKR lompat parti dan akan menyertai pembentukan kerajaan campuran dari bebas,BN dan PAS    di Negeri Selangor.

Portal media MalaysiaPropagandaNews melaporkan 4 Adun PKR keluar parti dan menyebabkan Azmin bakal mengumumkan pembubaran ADUN dalam tempoh terdekat.

https://malaysiapropagandanews.wordpress.com/2017/04/30/4-adun-pkr-lompat-parti-tubuh-kerajaan-campuran-baru-di-selangor/

Semalam juga dalam Muktamar PAS ke 63 perwakilan sebulat suara meluluskan menamatkan Tahaluf Siyasi PAS dan PKR tertakluk kepada Majlis Syura PAS. Sudah tentu ini membimbangkan Azmin selaku MB Selangor.

Semalam juga Azmin membawa semua Exconya mengadakan lawatan ke Mesir, Maghribi dan Jordan. Kononnya atas tujuan bertemu dengan pelajar Selangor di ketiga-tiga negara tersebut bagi menyampaikan bantuan pendidikan Kerajaan Negeri Selangor. Melawat pelajar angkut semua Exco?

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/selangor-kl/azmin-lawat-maghribi-jordan-1.667728

'Menyelam sambil minum air' itulah yang Azmin lakukan. Apa dia tak bimbang dengan krisis kepimpinan Selangor sekarang? Tanpa PAS kerajaan Selangor pasti runtuh apatah lagi jika ada ADUN-adunnya yang melompat parti.

Azmin sedang melakukan "OPS KAWTIM"  pertama kepada Exco-exconya terutama PAS yang sekarang goyang. Sekembalinya Azmin dari Mesir maka satu perjumpaan dengan semua pemimpin PKR negeri Selangor akan diadakan bagi memujuk pemimpin PKR dan PAS selangor pula. Berapakah agaknya sumber kewangan yang disediakan oleh Azmin Ali? katanya Ratusan juta Azmin sediakan untuk menyelamatkan kerajaannya.

Betapa takut dan rasa cuaknya Azmin Ali sehingga terpaksa "angkut" semua Exconya malah meminta Shuhaimi Shafiei, Ketua Penerangan PKR Selangor merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor menjawab dalam media 4 Adun lompat parti itu.

Shuhaimi menyifatkan sebagai khabar angin dan satu propaganda jahat.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/selangor-kl/dakwaan-lompat-parti-hanya-propaganda-1.667840

Hakikat sebenarnya Azmin Ali dan para penasihat Azmin sedar apa yang  berlaku di Selangor. Jika tidak ditangani Azmin bakal menjadi MB Selangor paling singkat berbanding Nizar Jamaluddin bekas MB Perak itu.

Azmin Ali sentiasa memantau isu yang berlaku dalam negeri Selangor sepanjang ketiadaannya di Selangor. Ada kemungkinan Azmin turut bertemu dengan individu tertentu semasa lawatannya bagi membincangkan isu kerajaan Selangor sekarang.

Sementara itu, SPRM juga dikatakan sedang melihat isu isu yang dilapor terhadap Azmin berhubung isu Tanah Lot 68054 Paya Indah Wetland milik Gamuda Berhad ( termasuk pendedahan dari udara oleh Jamal Yunos), pembelian SPLASH selain membangkitkan siasatan kes rasuah lama Azmin dan isternya Shamsidar Taharin.

https://www.facebook.com/wasengatsamalubro/posts/1338733232880097:0

Sumber : FB WA Sengat Lu

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top