.... Ayat Quran Yang Terlalu Lelaki, Tafsir Semula Ikut Kami – Ulama Perempuan | AAKJ



Kongres Ulama Perempuan Indonesia (KUPI 2017) yang berlangsung pada 25 hingga 27 April 2017 baru-baru ini telah mengumpulkan suara kumpulan feminis yang diangkat sebagai ulama-ulama perempuan dunia. 

Program yang berlangsung selama dua hari ini dihadiri oleh ramai aktivis termasuk aktivis wanita dari Malaysia. 

Antara cadangan yang lantang dikemukakan ialah usaha untuk mentafsir semula al Quran supaya selari dengan perkara-perkara yang diperjuangkan oleh golongan ulama perempuan yang berkumpul di KUPI ini. 

Zainah Anwar yang diangkat kongres sebagai wakil ulama perempuan Malaysia mewakili Musawah, turut membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Reclaiming Space for women Ulama Through Movement Building”. 

Ia dibentangkan pada hari pertama kongres. Selari dengan cadangan mentafsir semula ayat al Quran, Musawah sebelum ini juga turut mengangkat pendapat Ziba Mir-Hosseini bahawa, ayat 34 surah An Nisa’ menjadi punca utama berlakunya diskriminasi terhadap wanita. 

Ziba Mir-Hosseini menggelarkan ayat 34 surah an Nisa’ sebagai DNA Patriarki di dalam al Quran. 

Ia dibentangkan awalnya di dalam Association of Women’s Right Forum 2012 (AWID 2012) di Istanbul Turki. Ziba Mir-Hosseini yang merupakan salah seorang pengasas Musawah turut mencadangkan tafsir ayat 34 surah An Nisa’ yang diusahakan oleh Prof Dr Kecia Ali dari Universiti Boston, sebagai tafsiran yang lebih tepat dengan konteks yang bakal memberikan keadilan kepada kehendak ulama perempuan Musawah. 

Keadilan kepada golongan wanita dikatakan tidak akan tercapai selagi ayat dari surah An Nisa’ ini tidak diberikan nafas baru melalui penafsiran semula.

Aakj: Makin lama makin ke laut! Tidak berani pula mereka mengupas soal aurat.

-menara

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top