.... Antara SPR Dan Rashid, Siapa Macai? | AAKJ





APA yang tidak profesionalnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wahai Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang budiman?

Siapa ‘kuda tunggangan’ atau ‘macai’ Bari­san Nasional (BN)? Pengerusi SPR, Da­­­tuk Seri Mohd. Hashim Abdullah kah seperti mana dituduh oleh Abdul Rashid dalam satu kenyataan bersama dengan beberapa orang kuat pembangkang dua hari lalu.

Wahai Abdul Rashid, kalau SPR ini ‘kuda tunggangan’, bagaimana pakatan pembangkang boleh menang lima negeri dalam pilihan raya umum ke-12 dan disusuli hampir merubah status quo BN pada 2013?

Bukan itu sahaja, dua negeri paling maju dan kaya iaitu Selangor dan Pulau Pinang pun terlepas dari genggaman BN pada 2008 dan kekal di tangan mereka hingga hari ini.

Nak dikatakan SPR tidak adil, bab di mana itu yang dikatakan tidak telus itu? Adakah pegawai atau kakitangan SPR berada di sebelah pengundi dan acu mereka dengan pistol atau pisau arahkan ‘nah! kau pangkah calon BN. Adakah begitu wahai Abdul Rashid.

Bukankah semasa pengiraan atau penjumlahan undi selepas semua pusat mengundi ditutup 5 petang, setiap parti politik pembangkang meletakkan ejen masing-masing untuk memantaunya. Ada penipuankah wahai Abdul Rashid?

Sebenarnya wahai Abdul Rashid yang ketika ini salah seorang naib presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM), pakatan pembangkang yang disertai kamu tidak akan mengakui SPR itu bersih, telus dan adil selagi tidak menang pilihan raya. Selagi mana Pakatan Harapan dikepalai DAP ini gagal menawan Putrajaya, selagi itulah mereka akan menuduh SPR sedemikian rupa.

Takkanlah nak menang semua negeri, baru SPR dianggap adil dan telus.

Abdul Rashid ketika menyandang jawatan Pengerusi SPR pun banyak kali mengadu kepada penulis kerana sering diserang atau diancam pembangkang.

Bila sudah bertukar angin atau tikar, lain pula nampaknya nada kamu ya Abdul Rashid.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top