.... Anjing Di Meja Makan McD: Siapa Yang Bebal? | AAKJ



MAKIN melampau sikap segelintir orang yang tidak menghormati agama Islam. Mereka seolah-olah sengaja membawa anjing ke meja makan di restoran makanan segera McDonald sedangkan mereka tahu bahawa anjing merupakan najis mughallazah bagi orang Islam dan kawasan yang dicemari dengan najis tersebut perlu disamak.

McDonald’s Malaysia kesal dengan tindakan pelanggan membawa anjing ke premis restoran makanan segera berkenaan di Bukit Indah, di sini, kelmarin kerana mengganggu ketenteraman pelanggan lain dan melanggar peraturan.

Pengurusan berkenaan dalam kenyataan media berkata, tindakan dilakukan pelanggan terbabit melanggar kod kebersihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melarang haiwan peliharaan berada di premis makanan, serta peraturan mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurutnya, bertindak atas aduan yang diterima daripada pelanggan, pengurusan restoran makanan segera itu menjalankan proses pembersihan (sertu) dengan serta-merta di ruang lobi luar premis di Bukit Indah dengan panduan daripada pengurusan masjid berhampiran.

“Langkah itu dilakukan susulan tindakan sekumpulan remaja bukan Islam membawa anjing peliharaan mereka dan duduk di ruang lobi restoran berkenaan dalam kejadian, pada malam Ahad lalu.

“Kami (McDonald’s Malaysia) sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan Halal di semua premis kami.

Persoalannya, mengapa ketika anjing tersebut dibawa makan bersama di meja tersebut, pihak McDonald tidak bertindak melarang? 

Mereka hanya bertindak apabila ada aduan dari pelanggan sedangkan ianya menyalahi kod KKM yang melarang haiwan peliharaan berada di premis makanan, serta peraturan mendapatkan sijil halal daripada JAKIM. Adakah McDonald sama seperti The Star yang jika tidak dipantau akan “menyebelahi” pihak yang memusuhi Islam?

– PRU14.tv



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top