.... Amaran Hadi Dan 
Iktibar Portugis | AAKJ





ADA ketikanya elok juga diambil iktibar daripada amaran Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin.

Presiden Pas itu tidak merujuk sesiapa tetapi semua maklum siapa mereka.

Kata Abdul Hadi: “Mereka (parti politik tersebut) saling cabar mencabar, siapa yang lebih dahulu dan paling kuat menentang syiar Islam, seolah-olahnya menjadi kebanggaan baharu di zaman ini.”

Menghayati amaran atau penegasan Presiden Pas ini, orang Melayu boleh merenung kembali sejarah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511.

Ia kisah pembelotan Si Kitul yang sering diperdengarkan dari satu generasi ke satu generasi sebagai panduan.

Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya, itu baru separuh daripada meriam milik Melaka.

Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu. Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya.

Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang. Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya.

Jadi, siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat? Kerajaan yang begini hebat di nusantara hanya boleh ditewaskan oleh gabungan tentera-tentera Portugis, kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa, askar-askar upahan dari Goa, Jawa dan Siam. Dan ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalam daripada para pedagang asing dan orang-orang melayu sendiri. Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno.

Dari dahulu lagi Melaka sudah memiliki meriam-meriam besar, pemuras, istinggar dan lain-lain senjata api. Melayu juga sudah mengenal apa itu baju besi dan sudah mahir menempa baju besi untuk kegunaan ketenteraan. Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang orang.

Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga.

Satu laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka.

Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot. Si Kitol dan Raja Mendeliar sudah pasti. Apakah masih ada pembelot yang lain yang terlepas daripada catatan sejarah?

Adakah ‘parti politik tertentu’ itu yang makan cili dan sudah terasa pedasnya dari amaran Abdul Hadi?

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top