.... Amaran Buat Guan Eng, Jangan Cuba Politikkan RUU355 | AAKJ





Sengaja mahu mengelirukan rakyat, di kalangan pengamal politik pihak Pakatan Harapan menjadikan penggubalan semula Rang Undang-Undang Syarie (RUU355), bil persendirian oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai bahan politik mereka.
Itulah antara topik yang hangat diperkatakan oleh pakatan, sepanjang setahun terakhir ini. RUU355 adalah hasil daripada bil persendirian oleh Abdul Hadi dengan tujuan memperkasakan sistem perundangan syariee di negara ini. Kali terakhir undang-undang ini digubal adalah kira-kira lebih 30 tahun yang lalu.
RUU355 dijadikan modal politik pembangkang serta bukan Islam. Bagi yang menentang RUU355 ini, mereka meluahkan kebimbangan kononnya RUU355 ini adalah salah satu hukum hudud. Namun, ia nyata tidak berasas sama sekali.
Antara yang lantang menentang RUU355 adalah parti rasis dan cauvinis DAP. Ini boleh dilihat apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini pernah memberi bayangan bahawa Mahkamah Syariah akan dihapuskan sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya memerintah Putrajaya pada PRU 14.
Ini kerana dakwa Ketua Menteri Pulau Pinang itu bahawa RUU 355 itu telah bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.
“Kami (DAP) tidak bersetuju dengan RUU 355 kerana ia tidak berperlembagaan. Tidak boleh ada satu (dalam) negara (ada) dua sistem perundangan (mahkamah sivil dan mahkamah syariah).
“RUU 355 menunjukkan dua perundangan kerana membolehkan hukuman penjara 30 tahun yang lebih berat daripada undang-undang sekarang dan sebatan 100 kali,” kata Guan Eng.
Namun bagaimanapun, dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu boleh disifatkan satu dakwaan yang tidak berasas. Ini kerana usul RUU355 itu hanya terpakai buat golongan Islam dan masyarakat bukan Islam tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pindaan berkenaan.
Itulah yang ditegaskan oleh Ketua Pemuda BN Balik Pulau, Hisham Abdul Hamid. Malah beliau juga memberi amaran kepada Guan Eng supaya jangan politikkan RUU355.
“RUU355 ini merupakan satu pindaan akta sahaja pun, yang melibatkan orang Islam saja. Sebagai ketua menteri bukan Islam, saya melihat orang-orang bukan Islam tidak patut masuk campur.
“Dan ini lebih melibatkan kepada sentiviti agama. Saya menyeru kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng agar tidak menjadikan isu agama ini sebagai satu isu yang sensitif.
“Khususnya dalam kita nak berdepan dengan kemelut masyarakat dan orang awam ini. Sepatutnya kita fokus kepada pembangunan masyarakat,” kata Hisham.
Beliau berkata demikian selepas beberapa pemimpin DAP dan PKR cuba menggagalkan pembentangan RUU355 sebelum ini.
-Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top