.... 1MDB: Malaysiakini Buat Pusingan 'U'? | AAKJ





P Gunasegaran adalah bekas Editor Ekonomi dan pemilik bersama KiniBiz (yang telah ditutup dan gulung tikar) hari ini menulis satu artikel dengan bertajuk "Here’s How Gov’t Can Make RM90b From Bandar Malaysia", baca di sini.

Pada asasnya, beliau berkata bahawa pembangunan Bandar Malaysia mempunyai prospek yang besar dan 1MDB akan membuat keuntungan yang besar, lebih dari cukup untuk membayar balik semua hutang (apa yang pembangkang panggil duit rompak / songlap / curi) serta masih berbaki keuntungan yang besar.

Selama ini pembangkang dan portal mesra mereka telah menuduh Kerajaan muflis kerana hutang 1MDB (yang dengan jelas dibayar balik) dan Kerajaan telah menggunakan GST, subsidi bahan api, penarikan subsidi harga gula dan sebagainya untuk menyelamatkan 1MDB dan hutang ini akan menjadi beban kepada generasi akan datang, kononnya.

Namun sekarang, portal mesra pembangkang, Malaysiakini, saya ulang Malaysiakini mengatakan bahawa Kerajaan akan membuat keuntungan yang besar daripada 1MDB dan tidak ada lagi hutang yang akan menjadi beban kepada generasi akan datang?

Saya tidak pasti dengan orang lain, tetapi saya keliru. Mana satu yang betul ni? Jangan tanya minions pembangkang dan Pakatun sebab mereka ini bodoh. Soalan saya, Kerajaan akan muflis atau tidak? Kalau muflis, bagaimana boleh membuat keuntungan yang besar?

Walau bagaimanapun, ucapan terima kasih kepada penulis Malaysiakini yang menegaskan bahawa 1MDB terpaksa membayar RM2.7 bilion untuk membina dan menaiktaraf 8 pangkalan tentera sebagai bayaran untuk tanah Bandar Malaysia. Ini sekaligus menidakkan hujah bahawa 1MDB mendapat tanah percuma atau sangat murah.

Dalam pada itu, artikel ini juga mengiyakan bahawa 1MDB meminjam untuk membangunkan projek-projek mereka yang bermakna akhirnya 1MDB akan membuat keuntungan yang besar serta membayar balik hutang mereka, sepertimana yang biasa dilakukan perniagaan lain.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top