.... 11 Mei - 17 Mei: Harga Petrol Turun Lagi | AAKJ




Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 10 sen kepada RM2.01 dan RM2.29 seliter, berkuat kuasa 11 Mei hingga 17 Mei.

Harga diesel turun sebanyak 13 sen kepada RM1.95 seliter.

Dalam bentuk infografik, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam laman sesawang menyebut harga baharu mingguan itu berkuat kuasa pada pukul 12.01 tengah malam ini.

Pada minggu sebelum ini iaitu Khamis lepas hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 ialah RM2.11 seliter, RON97 (RM2.39) dan diesel (RM2.08) seliter.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top