.... Video: Sambutan Hari Jadi Pemuda Malaysia ‘Super Rich’ Jadi Viral | AAKJ




KEHIDUPAN ‘borjuis’ seorang anak muda bergelar Datuk mendapat perhatian meluas dalam kalangan netizen terutama selepas video sambutan ulang tahunnya ke-21 menjadi tular di laman sosial.

Dengan menerima lebih 300,000 tontonan, Datuk Muhammad Saiful Muhammad Ali digambarkan mempunyai kehidupan serba mewah dalam video berdurasi selama enam minit sempena majlis ulang tahunnya itu.




Menerusi video itu, Muhammad Saiful bersama-sama seorang lelaki dipercayai bapanya dilihat keluar daripada jet persendirian dan menaiki kereta mewah Rolls Royce sambil diiringi beberapa pengawal.

Mereka kemudian menuju ke sebuah dewan untuk meraikan majlis hari jadinya yang diserikan dengan persembahan tarian serta nyanyian.

Sementara itu menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Muhammad Saiful dikurniakan darjah kebesaran itu pada tahun 2015.

Difahamkan, jutawan muda itu juga merupakan seorang ahli perniagaan yang memiliki syarikat rakaman dikenali sebagai Superstar Records dan pengarah kepada tujuh syarikat lain. – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top