.... Video Potong Payudara Kalau 'Ah Hok' Kalah Pemilihan Gabenor Jakarta | AAKJ




MEDIA sosial Indonesia kini heboh diperkatakan dengan dakwaan seorang gadis yang mendakwa akan memotong payudaranya sekiranya pasangan Ahok-Djarot kalah dalam pemilihan Gabenor Jakarta.

Ia susulan ‘demam’ pilihan raya umum daerah (Pilkada) yang kini sudah memasuki pusingan kedua di mana calon -calon yang bertanding masing-masing memiliki undian di bawah 50 peratus, sekaligus memaksa pengundian pusingan kedua dijalankan pada hari ini.

Menerusi rakaman berdurasi satu minit, wanita itu turut menyindir Wakil Ketua DPRD DKI Jakarta Abraham Lunggana, atau lebih dikenali sebagai Lilung yang berhasrat akan memotong telinga sekiranya pasangan Ahok-Djarot menang dalam pemilihan.

“Hai Linglung, kalau dulu kamu bilang jika Ahok menang, kamu akan potong kuping kan?

“Sekarang saya emak-emak, seandainya besok Anies-Sandi menang, saya rela potong payudara saya,” kata wanita berkaca mata itu.

“Ingat, saya berani potong payudara saya, potong susu saya, kalau Anies-Sandi menang,” katanya lagi sambil menunjuk ke arah kedua payudaranya.

Difahamkan, wanita itu dipercayai merupakan penyokong bekas Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, Anies Baswedan dan pasangannya seorang ahli perniagaan, Sandiaga Salahuddin Uno yang juga penentang pasangan Ahok dan Djarot.

Pada akhir video tersebut, wanita itu mengingatkan Linlung supaya mengotakan janjinya sekiranya Ahok-Djarot menang.

“Kamu berani potong anu mu, aku juga berani potong anu ku. Kamu berani potong kuping kan?” katanya lagi. -MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top