.... Video Polis Tembak Penculik | AAKJ



JAKARTA – Satu rakaman video menunjukkan detik seorang anggota polis menyelamatkan seorang wanita dan bayinya yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki menjadi tular menerusi laman sosial.

Lapor portal Tribunnews, kedua-dua mangsa tersebut dijadikan tawanan oleh seorang lelaki tempatan yang dikenali sebagai Herman di dalam sebuah van yang dijadikan teksi.

Herman, 28, dipercayai pada mulanya cuba merompak wanita itu yang hanya dikenali sebagai Rismawati, 40, ketika mereka kebetulan menaiki van tersebut.

Bagaimanapun, Rismawati kemudian menjerit meminta tolong menyebabkan orang ramai di kawasan itu terus mengepung van berkenaan.

Kerana tidak sempat melarikan diri, Herman segera pula mengacukan pisau pada Rismawati dan menjadikan mangsa sebagai tebusan.

“Jika kamu hendak ambil barang saya ambil saja dan jika mahu bunuh saya pun bunuh saja saya, tetapi jangan bunuh anak saya,” ujar Rismawati.

Seorang anggota polis trafik, Aiptu Sunaryanto yang berada di lokasi kejadian cuba berunding dengan Herman tetapi suspek enggan melepaskan mangsa.

Rakaman video di lokasi kejadian menunjukkan Herman meletakkan pisau di leher mangsa sambil menjerit meminta agar dia pula yang dilepaskan

Selepas lebih setengah jam berunding, Aiptu akhirnya terpaksa bertindak dengan menembak tangan kanan Herman menyebabkan pisau di tangannya terlepas.



Tindakan berani Aiptu itu berjaya menyelamatkan nyawa mangsa dan anaknya manakala Herman yang ditangkap dibawa ke hospital akibat cedera di tangan. – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top