.... Video Balai Polis Bandar Hilir Berhantu? | AAKJ




Rakaman video berdurasi 73 saat yang viral di media sosial menunjukkan dua bahagian pintu kaca di balai polis berkenaan terbuka sendiri, sebelum satu daripadanya pecah.

Berdasarkan rakaman CCTV, insiden misteri tersebut berlaku kira-kira pukul 4.21 pagi pada Khamis minggu lalu (6/4/2017), dengan tiga anggota polis secara kebetulan sedang berada di meja aduan awam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata pihaknya belum menerima laporan kejadian tetapi terkejut bagaimana rakaman CCTV berkenaan boleh menjadi viral menerusi media sosial.

Pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut, bagaimana rakaman CCTV di balai polis itu boleh menjadi viral melalui media sosial.

“Saya sahkan pintu Balai Polis Bandar Hilir pecah namun saya belum menerima laporan mengenainya.

"Kejadian mungkin disebabkan tekanan angin, namun saya masih menanti laporan daripada balai terbabit,” kata beliau.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top