.... Usia Bonus Mahathir Dihabiskan Sia-sia | AAKJ





Pada zaman ini, umur manusia biasanya ditentukan berdasarkan umur Nabi Muhammad SAW ketika berusia 63 tahun apabila baginda wafat.

Difahamkan jika seseorang itu hidup lebih dari usia berkenaan, ia biasanya dikira bonus dan nikmat umur yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Biasanya, jika hidup pada usia bonus, seseorang umat Islam akan menghabiskan sisa hidupnya beribadat dan membuat amal jariah serta sentiasa menunaikan solat fardhu lima waktu di masjid dan menghabiskan masa mempelajari ilmu agama.

Tetapi bagi bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang sudah berusia 91 tahun masih enggan berhenti dari berpolitik tamabahan pula kini beliau sudah bekerjasama dengan pembangkang dan mungkin akan bertanding kembali dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Ketika bersara dari jawatan Perdana Menteri pada 2003,beliau sendiri berkata enggan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan dan mahu bersara serta menghabiskan masa bersama keluarga dan cucu.

Kemudian, apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan beliau, terus beliau masuk campur ke dalam urusan pentadbiran kerajaan dan mahu menjatuhkan Abdullah pula pada ketika itu.

Selepas itu, apabila Abdullah digantikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pula, Mahathir tetap masuk campur dan kemudian mahu menjatuhkan Najib pula sehingga ke hari ini.

Kini, beliau kembali aktif dalam politik dengan menubuhkan parti baru iaitu PPBM dan menjadi Pengerusi serta Ketua Bahagian Langkawi.

Beliau nampaknya menghabiskan usia bonusnya di dunia ini secara sia-sia ketika orang lain hanya berehat menghabiskan masanya dengan mempelajari ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah.

Apa yang di dalam mindanya ialah untuk menjatuhkan Najib dari kerusi Perdana Menteri demi kepentingan politiknya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top