.... Tuduhan Rafizi Tidak Ke Mana | AAKJ





Pas menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya berhubung akuan bersumpah Rafizi Ramli yang mendakwa bekas Timbalan Presiden parti itu, Datuk Nasharudin Mat Isa menerima dana daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya bagaimanapun beranggapan dakwaan yang dibuat Naib Presiden PKR itu hanya berstatus khabar angin selagi tiada pengesahan daripada individu yang dikatakan memberi maklumat kepada Ahli Parlimen Pandan berkenaan.

“Pada masa sama, Pas menggesa Rafizi agar segera membuat akuan bersumpah tentang dakwaan bersifat rasuah yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin (penulis blog) dan Chegubard (Badrul Hisham Shaharin) baru-baru ini terhadap beliau serta beberapa pemimpin PKR lain untuk makluman dan pertimbangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Rafizi hari ini membuat akuan bersum­pah selepas mendakwa Nasharudin menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, iaitu SRC International Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Takiyuddin menjelaskan, Nasharudin tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam Pas sejak tewas pemilihan kerusi Timbalan Presiden parti pada 2011 dan setelah ditamatkan tugas sebagai Ahli Majlis Syura Ulama Pas.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top