.... Timbalan Pengerusi DAP Sabah Bakal Tinggalkan DAP? | AAKJ






Khabar angin sama ada Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Dr. Edwin Bosi meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Cinta Sabah (PCS) masih menjadi tanda tanya.

Ketika ditemui pemberita di pekarangan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan itu enggan mengiyakan atau menidakkan khabar angin tersebut.

“Tunggu lah pada 13 April ini (Khamis) saya akan mengeluarkan kenyataan atau sidang akhbar sama ada saya masih bersama DAP atau tidak.

“Jika saya jawab sekarang, saya tiada bahan untuk cakap pada Khamis nanti. Ini juga memandangkan DUN masih bersidang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baru-baru ini, sebuah portal tempatan mendedahkan Edwin bakal meninggalkan DAP dan menyertai PCS yang diterajui ADUN Tamparuli, Datuk Wilfred Bumburing.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top