.... The Malaysian Insight: Terbukti Adalah Suara Kit Siang | AAKJ



“Aset” terbaik The Malaysian Insight merupakan abang ipar Jahabar Sadiq iaitu Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali. Dan artikel sulung The Malaysian Insight memetik pendapat Apandi mengenai RUU355. Kata-kata Apandi adalah pengulangan kata-kata Kit Siang dan DAP sepanjang dua tahun yang lalu, bahawa RUU355 adalah permulaan kepada Hudud.

Adakah artikel ini ribut di dalam cawan atau mula berperang sesama sendiri?

Mula-mula kita mempunyai Malaysiakini a..k.a. Suara Anwar Ibrahim (sebenarnya, orang Anwar membantu mereka mendapatkan pembiayaan daripada Yayasan Soros, kerana Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mendedahkannya). Kemudian datang pula Malaysia Chronicle juga dikenali sebagai Suara Tian Chua (yang dikendalikan oleh perempuan simpanan Tian dan dibiayai melalui Taiwan). Dan sekarang kita mempunyai The Malaysian Insight turut dikenali sebagai Suara Kit Siang.



‘Superman’ Hew mendedahkan bahawa agenda Kit Siang adalah dengan menggunakan Melayu untuk rosakan Melayu
Bak kata Presiden George W. Bush, “the proof of the pudding is in the eating”. Jadi apa sahaja dasar The Malaysian Insight memberikan kita idea yang sangat baik berkenaan dari mana ia datang dan ke arah mana ia akan pergi. Dan anda tidak akan menyalahkan kekeliruan anda diantara The malaysian Insight sebagai satu lagi ‘Rocket’ atau blog Kit Siang. Dan jika berita sulung artikel pada 31 Mac tidak memberi anda gambaran, maka maka artikel dua hari berikutnya pasti boleh.

Melainkan jika anda benar-benar bodoh, anda sudah boleh melihat bahawa The Malaysian Insight membawa propaganda agenda pembangkang secara umum dan Kit Siang atau DAP merupakan agenda khususnya. Ia bukan satu portal bebas atau yang tidak berat sebelah tetapi ditubuhkan khusus untuk menyampaikan agenda tertentu. Pendek kata ia adalah anti-kerajaan, tidak kurang tidak lebih. Lebih penting lagi, ini adalah strategi Kit Siang ‘use Malay to screw Malay’ , seperti yang didedahkan oleh’ Superman ‘ Hew Kuan Yau.



Kini timbul persoalan sama ada kerosakan yang Apandi lakukan di dalam penerangannya berkenaan 1MDB adalah satu kesilapan bodoh atau sabotaj yang sangat cerdik.
Nilai sebenar dalam The Malaysian Insight, bagaimanapun, adalah Jahabar Sadiq dapat menggunakan abang iparnya, Peguam Negara. Dan itulah yang Kit Siang mahu kerana, sejak Gani Patail telah dibuang, pembangkang tidak lagi mempunyai taring di pejabat Peguam Negara. Kini, melalui Jahabar, Kit Siang sekali lagi mempunyai akses kepada Peguam Negara dan boleh membuat beliau berkata apa sahaja yang mereka mahu dia katakan.

Umno sepatutnya membeli The Malaysian Insider pada akhir 2015 apabila Jahabar mula menawarkan kepada mereka sebanyak RM6 juta. Tidak syak lagi pemilik The Malaysian Insider akan menerima hanya RM1 juta manakala RM5 juta akan pergi ke dalam poket Jahabar. Sekarang Jahabar bekerja untuk Kit Siang dengan pembiayaan RM40 juta daripada DAP maka Umno akan berjuang menentang mereka pula.

The Malaysian Insight nampaknya lebih fokus daripada Malaysiakini. Malaysiakini berpura-pura menjadi sebuah portal berita bebas, The Malaysian Insight tidak menyembunyikan hakikat mereka adalah anti-kerajaan dan pro-pembangkang atau pro-DAP. Dengan 500 Red Bean Army cyber-troopers yang DAP latih, Cina-cina ini akan mempunyai banyak yang perlu dilakukan sebagai tentera sandaran kepada The Malaysian Insight.

BACA SETERUSNYA DISINI: JAHABAR SADIQ AND THE MYSTERY OF HIS FUNDER



TIADA KERAGUAN TENTANG AGENDA THE MALAYSIAN INSIGHT


JAHABAR SADIQ TELAH MENURUT AGENDA ANTI-SYARIAH KIT SIANG ATAU ANTI-RUU355 


Malaysia Today

PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Malaysia Today dengan tajuk asal THE MALAYSIAN INSIGHT: PROOF OF THE PUDDING IS IN THE EATING. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak azmykelanajaya.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelanajaya.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top