.... Terima Wang Syarikat Judi: Husam Tuntut Permohonan Maaf Dari Penulis Blog | AAKJ





Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Datuk Husam Musa menafikan dakwaan seorang penulis blog bahawa beliau menerima wang daripada sebuah syarikat yang berkaitan dengan perjudian.

Husam juga telah menghantar surat tuntutan guaman kepada Zaharin Mohd Yasin yang menuntut permohonan maaf dan penarikan balik dakwaan itu.

Husam memberi tujuh hari kepada Zaharin untuk berbuat demikian atau tindakan saman akan dimulakan.

“Tuduhan ini tak benar,” katanya pada sidang media di Wisma PAN di ibu negara hari ini.

Beliau juga berkata tidak pernah berjumpa wakil syarikat itu dan pemiliknya, yang terkenal sebagai seorang taikun judi.

Zaharin pada 10 April lalu menulis di Facebooknya mendakwa, Husam menerima wang itu tetapi bukan untuk dirinya sebaliknya untuk PAS, ketika beliau masih bersama parti itu.

Zaharin juga menulis, duit tersebut telah dijelaskan bukan hasil judi sebaliknya daripada perniagaan lain yang bukan haram.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi syarikat itu.
-bicara.news

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top