.... Telefon Bimbit Ku Nan Digodam: Sebar Gambar Lucah | AAKJ



Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berang selepas mengetahui ada pihak menggodam telefon pintarnya dan menghantar gambar lucah kepada 72 jemaah umrah, termasuk beberapa imam.

The Star memetik Mingguan Malaysia sebagai melaporkan kumpulan jemaah itu yang menerima gambar lucah berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp, dilepaskan Tengku Adnan untuk menyertai sebuah misi agama di Acheh, Indonesia, Khamis lalu.

Setiausaha agung Umno itu yang juga dikenali sebagai Ku Nan dilaporkan berkata, beliau hanya tahu telefon pintarnya digodam apabila dimaklumkan seorang jemaah yang menerima gambar lucah itu.

“Kadangkala saya tinggalkan telefon saya tanpa pengawasan. Silap saya orang tidak bertanggungjawab mungkin ambil peluang ini untuk klon telefon saya.

“Ini bukan kali pertama saya kena begini. Ia pernah berlaku banyak kali, tetapi kali ini lebih teruk,” kata ahli Parlimen Putrajaya itu yang tidak akan memaafkan pihak terbabit dan menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat perkara itu.




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top