.... Takiyuddin Tarik Diri Bertanding Naib Presiden Pas | AAKJ






Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Naib Presiden Pas dalam pemilihan parti itu sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-63 di Alor Setar Kedah penghujung bulan ini.

Setiausaha Agung Pas itu juga mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat bagi memberi ruang kepada calon-calon lain yang menawarkan diri memberi perkhidmatan terbaik kepada parti.

Katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Pas kawasan seluruh negara yang mencalonkanya untuk jawatan tersebut.

“Memandangkan saya mempunyai keyakinan penuh kepimpinan tertinggi Pas Pusat sedia ada serta keserasian dalam kepemimpinan kini yang melibatkan Presiden, Timbalan dan Naib-Naib Presiden, maka saya membuat keputusan menarik diri daripada bertanding jawatan Naib Presiden.

“Saya yakin komposisi sedia ada ini akan mampu membawa Pas menuju masa depan lebih cemerlang khusus untuk menghadapi pilihan raya nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top