.... Syurga Diktator: Di Sini Rupanya Kim Jong-un Berpesta | AAKJ




Kita selalu nampak imej penderitaan rakyat Korea Utara dan gaya hidup mereka yang kelihatan seperti masih dalam era 80-an. Tapi tahukah anda, ada satu kawasan di Korea Utara yang mewah, canggih dan lengkap dengan sebuah bot berkolam sebesar 200 kaki, kapal pesiar bernilai USD7 juta, gelongsor air, mainan taman tema dan padang bola sepak.




Di sinilah syurga keseronokan pemimpin diktator Korea Utara, Kim Jong-un di mana dia dan para jemputan akan dibawa ke sini untuk menghabiskan masa.

Salah seorang tetamu, Dennis Rodman yang merupakan bekas bintang bola keranjang NBA, pernah berkunjung pada tahun 2013 apabila mendapat jemputan ke sana.



Bintang Chicago Bulls itu menghabiskan masa berhari-hari bersama Jong-un dengan meminum alkohol terbaik, menghisap curut mahal dan menonton perlawanan bola keranjang, iaitu salah satu sukan kegemaran Jong-un.



Menurut Dennis Rodman, tempat itu adalah syurga seperti Hawaii atau Ibiza, namun hanya seorang manusia sahaja yang tinggal di situ. Di sekeliling Jong-un pula ada lebih kurang 50-60 orang kebiasaan yang bergembira sambil minum koktel dan bergelak ketawa.

Lokasi 'istana' itu dikatakan berada betul-betul di luar Wonsan yang terletak di Pantai Timur negara itu.




Setiap pelawat yang dijemput akan dibawa ke lokasi menaiki Mercedes dan pelabuhan masuk sentiasa dijaga oleh pengawal dan dikawal oleh anggota keselamatan dengan rondaan. Selain itu, terdapat juga landasan kereta api peribadi dan lapangan kapal terbang kecil untuk membawa tetamu jemputan Jong-un ke tempat ini.




Jika sesiapa berasa bosan di situ, terdapat tiga buah pulau peribadi yang terletak 35 batu dari perairan tersebut yang boleh dilawati dengan menaiki salah sebuah bot atau kapal milik Kim Jong-un.




Tiada siapa yang benar-benar tahu apa lagi yang ada di sini melainkan tetamu yang pernah bertandang dan melihat dengan mata sendiri. Tapi tempat inilah syurga keseronokan bagi ketua negara dan pegawai-pegawai rejim pemerintahan di sana.

Sumber:


1. The Sun

2. Telegraph UK

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top