.... Syarikat Rafizi Dibiayai Soros? | AAKJ






Nama Open Society Foundation (OSF) yang dipengerusikan oleh George Soros cukup hangat diperkatakan tahun lalu. Ini kerana, menerusi pendedahan satu dokumen yang mendakwa, pertubuhan berkenaan telah menaja pelbagai pertubuhan termasuk NGO BERSIH yang diketuai oleh Maria Chin Abdullah dan Datuk S Ambiga di Malaysia bagi mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Tidak terhad sekadar NGO BERSIH semata-mata, tajaan ini juga turut melibatkan portal berita pro pembangkang, Malaysia Kini yang telah mengundang “serangan” daripada Gabungan NGO Melayu Baju Merah yang diketuai oleh Datuk Seri Jamal Md Yunus sekitar November lalu.

Apa yang menarik untuk di persoalkan adalah, mungkinkah pengaruh OSF ini turut sama terlibat dalam menaja dan menggerakkan operasi Invoke, sebuah NGO yang diketuai oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli?

Persoalan ini timbul jika kita melihat gerak kerja Invoke yang cukup aktif memburukkan imej kerajaan menerusi sesi kajian pendapat yang dilakukan oleh mereka. Jika sebelum ini, Malaysia Kini dilihat cukup aktif menyerang kerajaan dengan memetik laporan daripada Sarawak Report dan pelbagai agensi berita asing, Invoke juga dilihat beroperasi saling tidak tumpah seperti pergerakan Malaysia Kini.

Lihat sahaja bagaimana Rafizi menggunakan siaran Youtube Invoke baru-baru ini untuk menyerang kerajaan dengan menanyakan pelbagai soalan berkaitan 1MDB, SRC, IPIC dan Aabar. Walhal segala persoalan yang dilemparkan oleh Rafizi berkenaan telah dijawab berulang kali oleh kerajaan.

Tidak cukup dengan itu, Invoke juga dilihat cukup aktif melakukan kaji selidik sikap pengundi di Malaysia. Tanpa ada sebarang notis, secara tiba-tiba mengeluarkan hasil kaji selidik mereka dengan majoritinya dilihat pro pembangkang. Mungkin Invoke ada melakukan kaji selidik berkenaan cuma apa yang ingin dipersoalkan adalah, siapa di belakang untuk menggerakkan operasi berkenaan?

Berdasarkan kepada dokumen pendedahan tajaan Soros keatas pelbagai pertubuhan pro pembangkang di Malaysia tahun lalu, mungkin dakwaan OSF turut menaja pergerakan Invoke di Malaysia ini ada kebenarannya? Namun begitu, untuk mendapatkan pejelasan yang lebih terperinci, Rafizi perlu tampil menjelaskan bahawa NGO yang diketuainya bebas dari sebarang unsur tajaan oleh OSF.

Rasanya tidak salah untuk menanyakan soalan sedemikian bagi melihat ketelusan Rafizi dalam menggerakkan NGO miliknya. Harus diingat, sebuah NGO tidak akan mampu bergerak sendirian jika tiada orang kuat dibelakangnya dan dalam hal ini, Rafizi perlu memberitahu, bagaimana Invoke mampu beroperasi dan siapa pula yang berada di belakangnya.
 
-bicara.news

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top