.... Strategi DAP Jatuhkan Kerajaan | AAKJ






Kese­diaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk ber­tanding di kawasan selain Gelang Patah, Johor merupakan strategi parti itu untuk menguasai sesuatu kawasan baharu.

Malah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga yakin parti tersebut mempunyai peranca­ngan untuk menjatuhkan Kerajaan Pusat yang kini ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak berhasrat campur tangan dalam perancangan parti berkenaan kerana kita yakin mereka mempunyai peranca­ngan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dalam apa juga strategi.

“Tetapi itu merupakan strategi DAP dan mereka tidak perlu tahu strategi kita. BN tidak perlu berkongsi strategi (yang bakal dilaksanakan). Jika kita kongsi ia tidak lagi menjadi strategi,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Kit Siang untuk bertan­ding di kawasan selain Gelang Patah yang diwakilinya kini.

Selama lebih 50 tahun bergiat dalam arena politik tanah air, Kit Siang yang berusia 76 tahun sudah bertanding di lima negeri, tujuh kerusi Parlimen dan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antaranya, Petaling Jaya, Ipoh Timur serta Kota Melaka.

Terdahulu, beliau merasmikan secara serentak mesyuarat cawangan-cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu di Dewan Komuniti Kota Marudu di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, Bendahari UMNO negeri, Datuk Seri Hajiji Mohd. Noor dan Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, Datuk Wetrom Bahanda.

Sementara itu, mengulas me­ngenai khabar angin Sabah berkemungkinan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal, Ahmad Zahid berkata, keputusan itu masih di peringkat kajian pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Persekutuan dan negeri.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana, sebarang keputusan untuk mengadakan PRN Sabah lebih awal bukan sahaja perlu melihat senario politik negeri ini sebaliknya mengambil kira politik Malaysia secara keseluruhannya.

Kata beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN juga belum memuktamadkan sebarang kajian yang diperoleh dan memutuskan bila pilihan raya akan diadakan.

“Apa yang penting, implikasi positif perlu diberi keutamaan sebelum melaksanakan pilihan raya,” katanya.

Ditanya mengenai penambahan 13 jumlah kerusi DUN Sabah, Ahmad Zahid memaklumkan, perkara itu tidak akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top