.... SPRM Diminta Siasat Punca Kewangan Mohd. Ezam | AAKJ







Pihak berkuasa diminta menyiasat dakwaanpenipuan yang dilakukan oleh Datuk Mohd. Ezam Mohd. Nor dan pihak-pihak yang bersekongkol bersama beliau berhubung penggunaan alamat pejabat, tanda tangan dan anggota parti palsu baru-baru ini.

Presiden Parti Generasi Baru, Datuk G. Kumar mendakwa, beliau yakin ada pihak yang ‘membiayai’ Mohd. Ezam, kerana sebagai bekas penjawat awam mana mungkin beliau mampu mempunyai wang yang ba­nyak untuk melunaskan segala bentuk bil yang hadir.

“Pihak Suruhanjaya Pen­ce­gahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu siasat sumber kewangan Mohd. Ezam sama ada ia datang daripada pembiayaan sendiri atau duit ra­suah.

“Saya hairan di mana letaknya maruah Mohd. Ezam Mat apabila menyamar diri sebagai Presiden Parti Generasi Baru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Ezam baru-baru ini dilarang menggunakan Parti Bebas Rasuah (PBR) untuk sebarang aktiviti kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) belum mengiktiraf pertukaran kepemimpinan parti itu daripada parti terdahulu iaitu Parti Generasi Baru kepada PBR.

Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya sudah menerima permohonan daripada pihak Mohd. Ezam untuk menukar Ahli Majlis Ter­tinggi parti tersebut termasuk untuk menukar nama kepada PBR dan menggunakan logo baharu.

Bagaimanapun katanya, setelah diteliti, terdapat ke­raguan dalam permohonan yang dibuat melalui Setiausaha Agung Parti Generasi Baru, S. Gobi Krishnan pada 31 Mac lalu iaitu lokasi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang tidak wujud dan status dua ahli jawatankuasa yang meragukan.

Sebelum itu, Kumar men­dakwa PBR yang ditubuhkan Mohd. Ezam dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tidak sah kerana ‘merampas’ daripada parti asal, Parti Generasi Baru dengan membuat pertukaran nama tanpa persetujuan kepimpinan asal parti itu.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top